Pengaruh kepimpinan transformasi pengarah Kolej Vokasional dan efikasi kendiri terhadap kepuasan kerja pensyarah Vokasional (IR)

Tujun utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap kepimpinan transformasi pengarah Kolej Vokasional, kepuasan kerja dan efikasi kendiri pensyarah Vokasional. Kajian ini juga berhasrat untuk melihat hubungan di antara efikasi kendiri dan kepuasan kerja pensyarah kolej KV serta melihat pengaruh kep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Nor Shahshina Soffi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3122
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujun utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap kepimpinan transformasi pengarah Kolej Vokasional, kepuasan kerja dan efikasi kendiri pensyarah Vokasional. Kajian ini juga berhasrat untuk melihat hubungan di antara efikasi kendiri dan kepuasan kerja pensyarah kolej KV serta melihat pengaruh kepimpinan transformasi pengarah KV dan efikasi kendiri pensyarah KV ke atas kepuasan kerja pensyarah KV. Sampel kajian terdiri daripada 152 pensyarah Vokasional yang dipilih secara rawak dari tujuh kolej di Negeri Sembilan dan Melaka. Sesi temu bual juga telah dijalankan yang melibatkan lima orang pensyarah vokasional. Soal selidik kajian terdiri daripada tiga instrumen, Multifactor-Leadership Questionnaire (MLQ), Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ) dan Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) untuk mengukur kepimpinan transformasi, kepuasan kerja dan efikasi kendiri. Analisis data melibatkan kekerapan, peratusan, min, ujian-T, Anova, analisis varians, korelasi dan regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan tahap transformasi kepimpinan pengarah KV berdasarkan persepsi pensyarah vokasional adalah sederhana manakala tahap kepuasan kerja dan keberkesanan diri pensyarah adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pensyarah terhadap tahap kepimpinan transformasi pengarah KV berdasarkan faktor jantina dan pengalaman mengajar. Kajian ini mendedahkan bahawa 26.2% daripada kepuasan kerja pensyarah adalah disumbangkan oleh gabungan kepimpinan transformasi pengarah KV dan efikasi kendiri pensyarah. Kajian mencadangkan pengarah KV perlu mempamerkan kepimpinan transformasi dengan lebih berkesan dan para pensyarah KV juga perlu mengambil berat mengenai efikasi kendiri mereka di mana pemboleh ubah ini memberi pengaruh terhadap kepuasan kerja pensyarah.