Konsep dan pelaksanaan upah simpan dalam Skim Ar-Rahnu di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (IR)

<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep upah menurut perspektif fiqh serta pelaksanaan dan amalan Skim Ar-Rahnu di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk menganalisis instrumen penetapan kadar upah simpan ditetapkan dalam skim Ar-Rahn...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anisah Nasib
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3124
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep upah menurut perspektif fiqh serta pelaksanaan dan amalan Skim Ar-Rahnu di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk menganalisis instrumen penetapan kadar upah simpan ditetapkan dalam skim Ar-Rahnu di YaPEIM serta menilai pelaksanaannya sama ada menepati kehendak syariah sepenuhnya atau sebaliknya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunapakai tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen. Data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa jumhur ulama membenarkan pengambilan upah dalam sebarang pekerjaan atau perkhidmatan yang tidak bercanggah dengan hukum syarak termasuklah ar-rahnu. Selain itu, kajian mendapati skim ar-Rahnu di YaPEIM menggunakan tiga instrumen utama dalam pelaksanaannya iaitu ar-rahnu, al-qard dan al-wadiah yad dhamanah. Manakala pengambilan caj upah simpan yang dikenakan kepada para penggadai adalah berdasarkan prinsip al-wadiah yad dhamanah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengambilan caj upah simpan dalam skim ar-Rahnu di YaPEIM dengan berdasarkan prinsip al-wadiaah yad dhamanah adalah kurang sesuai untuk digunakan. Oleh itu, dua alternatif dicadangkan dalam asas pengambilan upah simpan ini iaitu tuntutan bayaran balik nafkah atau kos perbelanjaan penjagaan barang gadaian dan bayaran caj perkhidmatan pinjaman yang mana kedua-duanya tidak bertentangan dengan prinsip dan hukum-hukum ar-rahnu. Kesimpulannya, skim ar- Rahnu yang dilaksanakan di YaPEIM adalah sangat baik dalam membantu membangunkan ekonomi masyarakat di Malaysia dan mendapat sambutan ramai sama ada dalam kalangan masyarakat Islam ataupun bukan Islam kerana caj upahnya yang sangat berpatutan. Implikasi kajian ini ialah pihak terlibat perlu mewujudkan akta khas berkaitan skim ar-Rahnu kerana sehingga kini pelaksanaannya hanya berdasarkan Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).</p>