Ciri-ciri antropometri somatotaip, kekuatan kaki dan pencapaian pasukan bola sepak bawah 15 dan 18 tahun peringkat negeri Perak (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan ciri-ciri antropometri, somatotaip, kekuatan kaki dan prestasi pemain-pemain yang terpilih dalam Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK). Seramai 280 orang pemain telah terlibat secara sukarela dalam kajian ini (14...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohadzir Mokhtar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3125
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan ciri-ciri antropometri, somatotaip, kekuatan kaki dan prestasi pemain-pemain yang terpilih dalam Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK). Seramai 280 orang pemain telah terlibat secara sukarela dalam kajian ini (144 orang pemain bawah 15 tahun (B15) dan 136 orang pemain bawah 18 tahun (B18). Ujian melibatkan pengukuran antropometri iaitu berat, tinggi dan peratus lemak. Prosedur Heath Carter digunakan untuk menentukan klasifikasi somatotaip dengan menggunakan persamaan lipatan kulit, lilitan, lebar tulang dan nisbah pinggang pinggul (HWR). Kekuatan kaki diuji menggunakan leg and back dynamometer. Keputusan pasukan yang layak ke separuh akhir (LSA) dan pasukan yang gagal ke separuh akhir (GSA). Kejohanan MSSPK digunakan sebagai penanda aras pencapaian pasukan. Min dan sisihan bersandar digunakan bagi menunjukkan ciri-ciri antropometri dan somatotaip. Ujian t tidak bersandar digunakan untuk melihat perbezaan antara pasukan yang layak dengan pasukan yang gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Dapatan menunjukkan ciri-ciri antropometri B15 LSA berat (47.944.03 kg), tinggi (161.584.67 cm) dan peratus lemak (13.733.32 peratus). B15 GSA berat (60.737.45 kg), tinggi (167.125.98 cm) dan peratus lemak (22.2814.06 peratus). Manakala antropometri B18 LSA berat (58.808.08 kg), tinggi (167.575.29 cm) dan peratus lemak (15.045.27 peratus). B18 GSA berat (54.648.12 kg), tinggi (166.825.45 cm) dan peratus lemak (13.704.66 peratus). Somatotaip B15 LSA (3 5 3) adalah mesomorf, B15 GSA (1 3 2) adalah ektomorf manakala B18 LSA (3 5 3) adalah mesomorf, B18 GSA (2 4 4) adalah endomorf. Tidak terdapat perbezaan signifikan bagi antropometri B15 (p=.135), tinggi (.805) dan peratus lemak (p=.018). Tidak terdapat perbezaan signifikan bagi antropometri B18 iaitu tinggi (p=.203) dan peratus lemak (p=.248). Bagaimanapun terdapat perbezaan signifikan bagi berat (p=.000). Tidak terdapat perbezaan signifikan bagi kekuatan kaki B15 (p=.216) dan B18 (p=.558). Kajian ini menunjukkan bahawa pemilihan pemain adalah berdasarkan potensi pemain.</p>