Perspektif pelajar terhadap penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Biologi di daerah Limbang, Sarawak (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh guru dalam subjek Biologi mengikut perspektif pelajar di daerah Limbang. Kajian ini turut melihat perbezaan perspektif pelajar terhadap penerapan KBAT dalam subjek Biologi di daerah Limbang mengikut jantina...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Law, Hui Haw
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=313
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh guru dalam subjek Biologi mengikut perspektif pelajar di daerah Limbang. Kajian ini turut melihat perbezaan perspektif pelajar terhadap penerapan KBAT dalam subjek Biologi di daerah Limbang mengikut jantina dan tahap pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif melalui penggunaan borang soal selidik yang dipetik daripada daripada borang soal selidik yang menggunakan skala Likert 5.0. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 25 orang pelajar Tingkatan Empat dan memperoleh nilai Cronbach Alfa 0.795. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang pelajar sekolah menengah Tingkatan Empat yang mengambil subjek Biologi di daerah Limbang. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS 21.0, iaitu Statistical Package for the Social Science Version 21.0. Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan perspektif pelajar mengikut jantina dan Ujian ANOVA satu hala untuk melihat perbezaan tahap pencapaian. Purata skor dan peratus persetujuan daripada kesemua responden ialah 3.1939 dan 63.88% dan menunjukkan tiada penerapan KBAT dalam pengajaran Biologi Tingkatan Empat. Melalui Ujian-t yang diukur pada selang keyakinan 95%, min pelajar lelaki (X= 3.2333) adalah lebih tinggi daripada pelajar perempuan (X = 3.1436) sebanyak 0.0897 (p >0.05) dan adalah tidak signifikan. Dari segi tahap pencapaian pula, didapati F(dt) =3.138; p = 0.046 (p <0.05) dan ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara perspektif pelajar terhadap penerapan KBAT dalam subjek Biologi mengikut pencapaian. Kesimpulannya, tiada penerapan KBAT oleh gum dalam subjek Biologi Tingkatan Empat mengikut perspektif pe1ajar di daerah Limbang. Tiada perbezaan yang signifikan perspektif pelajar terhadap penerapan KBAT dalam subjek Biologi di daerah Limbang mengikut jantina manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara perspektif pelajar penerapan KBAT dalam subjek Biologi mengikut pencapaian.