Penilaian kualiti ujian sumatif yang dibangunkan guru sekolah menengah atas di Palembang, Indonesia (IR)

<p>Kajian ini bertujuan menilai ujian sumatif Ujian Akhir Sekolah (UAS) berbentuk aneka pilihan yang dibangunkan oleh guru sekolah menengah atas di Palembang berdasarkan kesahan, kebolehpercayaan, aras kesukaran, indeks diskriminasi, dan keberkesanan pengganggu. Kajian ini juga bertuju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Evy Ratna Kartika Waty
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3131
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan menilai ujian sumatif Ujian Akhir Sekolah (UAS) berbentuk aneka pilihan yang dibangunkan oleh guru sekolah menengah atas di Palembang berdasarkan kesahan, kebolehpercayaan, aras kesukaran, indeks diskriminasi, dan keberkesanan pengganggu. Kajian ini juga bertujuan menentukan sejauh mana hubungan antara kualiti ujian sumatif UAS dengan latarbelakang guru dalam membuat pentaksiran serta mengenalpasti apakah kekangan yang dihadapi guru dalam menyediakan dan mentadbir UAS. Subjek kajian meliputi 60 orang guru yang mengajar matapelajaran UAS yang dikaji, iaitu Pendidikan Agama, Pendidikan Kewarganegaraan dan Pendidikan Sejarah. Kajian berbentuk ex-post facto ini melibatkan analisis kertas jawapan pelajar daripada ujian sumatif UAS dan pentadbiran soal selidik guru. Respons setiap pelajar bagi setiap item dimasukkan dalam spreadsheet dan dianalisis menggunakan perisian Anates. Sejumlah 2400 kertas jawapan pelajar daripada 2400 pelajar telah dianalisis. Soal selidik guru digubal untuk mendapatkan maklumat berkaitan amalan pentaksiran guru, pendidikan tertinggi guru, pengalaman mengajar, kekerapan membuat ujian serta latihan kurikulum dan pentaksiran yang pernah diterima guru tiga tahun terakhir. Hubungkait faktor-faktor ini dengan kualiti ujian sumatif dianalisis dengan regresi berganda. Hasil penilaian menunjukkan bahawa 58 peratus guru dapat membina ujian sumatif dengan kesahan pada tahap yang sederhana dan baik dengan peratusan item valid yang boleh diterima, manakala 42 peratus lagi masih berada pada tahap rendah. Latarbelakang guru didapati menyumbang secara signifikan kepada kualiti ujian yang dihasilkan. Kajian ini memberi maklumat yang berguna bagi pembentukan suatu badan yang akan mengawal setia kualiti ujian semua di peringkat, sama ada peringkat sekolah, wilayah atau di peringkat nasional.</p>