Model pemasaran keusahawanan dan impaknya terhadap prestasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menguji model pemasaran keusahawanan (PK) dan kesannya terhadap prestasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga turut menguji peranan konstruk orientasi keusahawanan dalam mengantara hubungan di antara PK dengan prestas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sheerad Sahid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3135
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menguji model pemasaran keusahawanan (PK) dan kesannya terhadap prestasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga turut menguji peranan konstruk orientasi keusahawanan dalam mengantara hubungan di antara PK dengan prestasi perniagaan. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan secara tadbir sendiri telah digunakan dengan menjadikan pemilik dan pengurus PKS sebagai sampel kajian. Sebanyak 224 jumlah sampel boleh guna telah diperoleh daripada ketiga-tiga kaedah pos, lawatan dan juga tinjauan berasaskan Internet. Data kajian dianalisis dengan menggunakan pendekatan dua peringkat pemodelan persamaan berstruktur (SEM). Hasil analisis menunjukkan indeks kebagusan dalam model pengukuran PK mengesahkan bahawa model PK terdiri daripada empat komponen iaitu penciptaan peluang, inovasi produk mesra pelanggan, pengayaan sumber, dan kewajaran. Analisis pengesahan faktor(CFA) menunjukkan strategi inovasi produk mesra pelanggan merupakan strategi paling dominan dalam model PK. Manakala pengujian model berstruktur menunjukkan PK mempunyai kesan yang positif dan signifikan dalam meningkatkan prestasi perniagaan PKS. Hasil kajian juga menunjukkan konstruk orientasi keusahawanan mengantara hubungan PK dengan prestasi perniagaan dalam bentuk perantaraan penuh. Pendekatan bootstrapping yang digunakan turut menghasilkan keputusan yang sama, justeru mengesahkan bahawa orientasi keusahawanan mengantara hubungan antara PK dengan prestasi perniagaan. Implikasinya kajian ini menyumbang dalam mengembangkan teori PK kepada satu fasa baharu dengan mencadangkan model PK yang sah dan mempunyai kesan yang signifikan dalam meningkatkan prestasi perniagaan PKS di Malaysia.