Pembinaan dan pengesahsahihan model kompetensi guru penolong kanan pentadbiran dan akademik sekolah menengah Malaysia (IR)

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membina dan mengesahsahih Model Kompetensi Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Sekolah Menengah (GPKP) menggunakan Model Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia (KOMPAS) sebagai model kompetensi rujukan. Rekabentuk kajian ini mengandungi tiga (3) fasa: (...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Razak Manaf
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3136
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membina dan mengesahsahih Model Kompetensi Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Sekolah Menengah (GPKP) menggunakan Model Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia (KOMPAS) sebagai model kompetensi rujukan. Rekabentuk kajian ini mengandungi tiga (3) fasa: (1) kaedah kualitatif menggunakan temu bual Behavior Event Interview (BEI) untuk mengenal pasti kompetensi semasa GPKP dengan melibatkan seramai lapan orang responden menggunakan analisis tema; (2) kaedah Delphi ubahsuai tiga pusingan menggunakan 12 orang pakar bagi mendapat kesepakatan tentang kompetensi penting bagi GPK untuk 3 - 5 tahun akan datang; dan (3) kaedah soal selidik dengan mengggunakan responden seramai 316 orang serta dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif, ujian-t, dan analisis regresi logistik. Analisis tema temu bual BEI merumuskan bahawa terdapat sebelas kompetensi semasa yang dinilai penting/sangat penting menurut GPKP sendiri. Analisis Delphi ubahsuai tiga pusingan dengan panel pakar dan validasi oleh GPKP melalui kaedah soal selidik merumuskan 24 kompetensi yang penting untuk GPKP untuk tempoh 3 - 5 tahun akan datang. Terdapat 14 kompetensi pembeza dan 10 kompetensi generik yang dinilai penting diperoleh melalui ujian-t. Analisis regresi logistik mendapati 13 kompetensi yang menentukan kecemerlangan GPKP pada aras signifikan p ≤ 0.05. Kompetensi yang dikenalpasti berkait dengan tugas utama GPKP: (1) mengurus kurikulum dan instruksional; (2) hubungan dengan staf bawahan;(3) mengurus sumber pendidikan; dan (4) keberkesanan kendiri. Kajian ini berjaya mengenal pasti menghasilkan Model Kompetensi GPKP untuk tempoh 3 - 5 tahun akan datang. Model kompetensi yang dihasilkan boleh dimanfaatkan untuk tujuan pemilihan, latihan dan pembangunan serta pengurusan penilaian prestasi GPKP.