Pengetahuan dan sikap terhadap video pornografi di internet dalam kalangan remaja (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan sikap terhadap video pornografi bagi tingkah laku seksual, jenis-jenis video pornografi yang ditonton dan perbezaan sikap terhadap video pornografi di internet dalam kalangan remaja berdasarkan jantina dan tingkatan. Kajian ini dijalankan ke atas 3...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ningsih Wahyu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=314
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan sikap terhadap video pornografi bagi tingkah laku seksual, jenis-jenis video pornografi yang ditonton dan perbezaan sikap terhadap video pornografi di internet dalam kalangan remaja berdasarkan jantina dan tingkatan. Kajian ini dijalankan ke atas 300 orang remaja iaitu 172 lelaki dan 128 perempuan. Kaedah kajian tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen telah diubahsuai dari penyelidikan sebelumnya dengan menggunakan lima skala Likert. Soal selidik terbahagi kepada empat bahagian iaitu pengetahuan, sikap terhadap video pornografi, tingkah laku seksual dan maklumat diri responden. Data dianalisis menggunakan min, sisihan piawai, korelasi dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan 75.3% responden menonton video pornografi di internet. Pengetahuan dan sikap remaja terhadap video pornografi di internet adalah tinggi dan positif, begitu juga dengan tingkah laku seksual dalam kalangan remaja. Di samping itu, terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan tingkah laku seksual namun pengetahuan dan tingkah laku seksual tidak menunjukkan hubungan yang signifikan. Terdapat juga perbezaan yang signifikan bagi sikap terhadap video pornografi berdasarkan jantina iaitu responden perempuan lebih tertarik dengan video pornografi berbanding lelaki. Namun, sikap terhadap video pornografi berdasarkan tingkatan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan dan sikap terhadap video pornografi di internet ada kaitan dengan tingkah laku seksual dalam kalangan remaja. Semua pihak perlu terlibat bersama-sama dalam meningkatkan kepedulian terhadap remaja dan membangunkan komunikasi antara guru, ibubapa dan rakan sebaya demi menangani gejala berkaitan video pornografi dalam kalangan remaja.