Intervensi awal bahasa isyarat terhadap penguasaan kod tangan bahasa Melayu (KTBM) dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran (IR)

Objektif kajian ini ialah untuk meneliti penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu dan Bahasa Isyarat Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak bermasalah pendengaran di peringkat intervensi awal. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dipilih untuk menjawab dua persoa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Low, Lee Kean
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=317
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif kajian ini ialah untuk meneliti penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu dan Bahasa Isyarat Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak bermasalah pendengaran di peringkat intervensi awal. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dipilih untuk menjawab dua persoalan kajian. Dua set instrumen telah digunakan untuk memperolehi maldumat penguasaan Bahasa Melayu dan faktor yang mempengaruhinya. Seramai lima orang kanak-kanak bermasalah pendengaran, empat orang guru dan tiga orang ibu bapa dipilih menjadi responden melalui teknik persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid bermasalah pendengaran yang menguasai bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang lebih baik berbanding murid-murid bermasalah pendengaran yang menguasai Bahasa Isyarat Malaysia. Kajian juga mendapati faktor ibu bapa, diri murid, guru dan persekitaran mempengaruhi penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa intervensi awal bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu dan faktor ibu bapa, diri murid, guru dan persekitaran membantu penguasaan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kajian yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan di peringkat yang lebih tinggi untuk melihat kesan program intervensi awal terhadap penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak bermasalah pendengaran.