Kesahan dan kebolehpercayaan modul kuasa minda separa sedar berdasarkan aplikasi terapi kognitif tingkah laku dalam pembangunan remaja (IR)

<p>Kajian bertujuan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan Modul Kuasa Minda Separa Sedar berdasarkan Aplikasi Terapi Kognitif Tingkah Laku (MKMSSTKT) dalam Pembangunan Remaja. Reka bentuk kajian adalah kajian deskriptif, iaitu mencari nilai kesahan kandungan dan nilai kebolehperc...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Parameswary Periasamy
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3330
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian bertujuan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan Modul Kuasa Minda Separa Sedar berdasarkan Aplikasi Terapi Kognitif Tingkah Laku (MKMSSTKT) dalam Pembangunan Remaja. Reka bentuk kajian adalah kajian deskriptif, iaitu mencari nilai kesahan kandungan dan nilai kebolehpercayaan MKMSS-TKT dalam pembangunan remaja. Seramai lapan panel pakar dalam bidang psikologi, Kaunseling dan Pendidikan telah dipilih untuk menjawab dua soal selidik kesahan kandungan modul oleh Russell dan soal selidik kesesuaian sesi dan aktiviti modul oleh Mohammad Aziz Shah. Seterusnya bagi mencari nilai kebolehpercayaan, seramai 30 responden daripada sebuah sekolah menengah di Daerah Sentul, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai subjek kajian. Dapatan mendapati peratus keseluruhan kesahan kandungan modul berdasarkan Russell adalah tinggi, iaitu 81 peratus, manakala kesahan kesesuaian sesi dan aktiviti berdasarkan Mohammad Aziz Shah ialah 88 peratus. Nilai pekali kebolehpercayaan MKMSS-TKT adalah tinggi iaitu 845. Justeru, keputusan kajian menunjukkan bahawa MKMSS-TKT mempunyai nilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa MKMSS-TKT boleh digunakan dalam lapangan sebenar pembangunan remaja dan boleh dimanfaatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, institusi sekolah dan sebagainya.</p>