Syair perang Palembang dari sudut analisis wacana mega (IR)

<p>Penyelidikan ini memfokuskan teks Syair Perang Palembang daripada koleksi Kemas Andi Syarifuddin. Syair ini merakamkan perjuangan rakyat Palembang dalam beberapa siri peperangan melawan penjajah Belanda pada tahun 1819. Tiga objektif utama ialah mengenal pasti amalan diskursif, memb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Raden Muhammad Ali Masri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3342
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Penyelidikan ini memfokuskan teks Syair Perang Palembang daripada koleksi Kemas Andi Syarifuddin. Syair ini merakamkan perjuangan rakyat Palembang dalam beberapa siri peperangan melawan penjajah Belanda pada tahun 1819. Tiga objektif utama ialah mengenal pasti amalan diskursif, membincangkan fitur kebahasaan, motif amalan sosial dan amalan agama yang terdapat dalam teks tersebut. Pendekatan kualitatif dimplimentasi dalam kajian ini, manakala data primer dan sekunder dipungut menerusi kajian kepustakaan. Sejumlah 259 rangkap Syair Perang Palembang yang mengandungi 1,036 bait syair telah dianalisis berpandukan Model Wacana Mega oleh Sanat Md. Nasir yang disintesis daripada konsep wacana kritis Norman Fairclough dan Ruth Wodak tetapi diperkasakan dengan prinsip-prinsip dalam al-Quran, hadith serta nilai Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Syair Perang Palembang mengandungi amalan diskursif menerusi interpretasi tokoh dan ketokohan, manakala fitur kebahasaan dinyatakan menerusi tautan perulangan, tautan kolokasi serta tautan penghubung ayat. Dari segi motif sosial, terdapat nilai ekspresif, eksperensial dan relasional, manakala motif agama yang berkait dengan ajaran Islam dinyatakan atas dasar tauhid, syariat dan dakwah. Kekuatan syair ini juga terletak pada ketepatan penggunaan diksi, elemen budaya dan pewarnaan setempat termasuk aspek skema, majaz, representatif, ekspresif, direktif, komisif dan deklaratif. Menerusi syair, semangat jihad berjaya disuburkan dalam perjuangan rakyat Palembang menentang penjajah Belanda. Implikasi kajian menunjukkan syair Melayu harus dilihat dalam konteks yang lebih luas. Genre ini tidak seharusnya terhad sebagai warisan tradisi bagi tujuan kesusasteraan semata-mata, tetapi haruslah diberi peranan baharu dalam memperkasa semangat patriotik bangsa Melayu, khususnya dalam menghadapi cabaran globalisasi</p>