Struktur dan pragmatik dalam puisi Pelandai Bulan (IR)

<p>Kajian ini ialah tentang Leka Main Pelandai Bulan yang merupakan sejenis puisi lisan dalam masyarakat Iban. Puisi ini ialah hasil ciptaan Mendiang Dunging Anak Gunggu sekitar tahun 1954. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur dan menerangkan tema Pelandai Bulan. Ia juga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nelson Tandang Edwin Unting
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3344
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini ialah tentang Leka Main Pelandai Bulan yang merupakan sejenis puisi lisan dalam masyarakat Iban. Puisi ini ialah hasil ciptaan Mendiang Dunging Anak Gunggu sekitar tahun 1954. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur dan menerangkan tema Pelandai Bulan. Ia juga menjelaskan fungsi Pelandai Bulan dalam masyarakat Iban. Kajian ini bersandarkan Teori Strukturalisme untuk mengupas struktur dan tema Pelandai Bulan. Teori Pragmatisme telah digunakan untuk menjelaskan fungsi puisi ini dalam masyarakat Iban. Data kajian telah dikumpul daripada bahan artifak, bahan kepustakaan dan temu bual dengan responden. Data dari aspek struktur dan tema telah dianalisis dengan Kaedah de Saussure dan untuk data fungsi dianalisis dengan Kaedah System Coding J. Saldana. Kajian mendapati bahawa Pelandai Bulan memiliki struktur yang bercirikan karya sastera. Ia memiliki tema yang berfokus kepada proses rutin penanaman padi tahunan dalam masyarakat Iban. Pelandai Bulan berfungsi sebagai panduan ritual dan peringatan kepada masyarakat Iban dalam mengerjakan huma. Kajian ini diharap dapat mengangkat martabat Pelandai Bulan sebagai satu genre puisi lisan masyarakat Iban. Ini akan menambah korpus dalam dunia kesusasteraan masyarakat Iban. Dapatan kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan untuk memberi inspirasi kepada masyarakat Iban, khasnya generasi muda untuk menghargai dan memelihara puisi-puisi lisan masyarakatnya.</p>