Pendekatan belajar melalui bermain untuk membantu kemahiran komunikasi kanak-kanak autistik di Pra Sekolah Pendidikan Khas (IR)
<p>Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki kesan pendekatan belajar melalui bermain untuk kanak-kanak autistik yang bermasalah komunikasi di prasekolah pendidikan khas. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti masalah komunikasi, jenis aktiviti bermain dan impak aktiviti bermain terh...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3351 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki kesan pendekatan belajar melalui bermain untuk kanak-kanak autistik yang bermasalah komunikasi di prasekolah pendidikan khas. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti masalah komunikasi, jenis aktiviti bermain dan impak aktiviti bermain terhadap komunikasi kanak-kanak autistik. Kajian kes kualitatif ini dijalankan di sebuah prasekolah pendidikan khas di daerah Kluang, Johor melibatkan tiga kanak-kanak autistik dan seorang guru prasekolah pendidikan khas sebagai responden kajian. Tempoh masa kutipan data adalah selama lapan minggu. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pemerhatian dijalankan sebanyak lima kali bagi setiap aktiviti bermain menggunakan borang senarai semak pengesanan masalah komunikasi dan senarai semak pengesanan kewujudan aspek komunikasi pada kanak-kanak autistik. Dua set soalan temu bual disediakan dan digunakan dalam empat sesi temu bual. Data pemerhatian, dokumen rasmi dan temu bual dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan belajar melalui bermain berkesan membantu kemahiran komunikasi kanak-kanak autistik melalui permainan doh dan bongkah kayu khususnya dalam aspek kemahiran mengekalkan tumpuan dan perhatian, menjawab soalan secara bukan lisan, melibatkan diri dalam perbualan, melaksanakan tugasan dengan betul dan menunjukkan minat dan keinginan meneruskan pembelajaran. Kajian ini membuktikan pendekatan belajar melalui bermain berkesan bagi membantu kemahiran komunikasi kanak-kanak autistik. Implikasi kajian menunjukkan pendekatan belajar melalui bermain adalah sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autistik di prasekolah pendidikan khas bagi mengurangkan masalah komunikasi yang dialami.</p> |
---|