Pembinaan modul pembelajaran teradun nutrisi di hujung jari dan kesannya terhadap pencapaian pelajar (IR)

Kajian ini bertujuan membina dan mengkaji keberkesanan modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari terhadap pencapaian pelajar biologi tingkatan empat. Modul ini dibina berdasarkan model Sidek & Jamaludin dan pembinaan blog pula berpandukan model ADDIE. Kaedah penyelidikan kuantitatif deng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Hafizah Masni
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3352
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina dan mengkaji keberkesanan modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari terhadap pencapaian pelajar biologi tingkatan empat. Modul ini dibina berdasarkan model Sidek & Jamaludin dan pembinaan blog pula berpandukan model ADDIE. Kaedah penyelidikan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan ujian pra dan pasca telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian telah dipilih dari dua buah sekolah di negeri Perak. Seramai 44 orang pelajar biologi telah dipilih dan dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan rawatan secara sama rata. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari dan ujian pencapaian. Modul ditentu sahkan melalui skala persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan ujian-t bagi menunjukkan perbezaan antara pembolehubah kajian. Dapatan kajian menunjukan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan dengan peningkatan lebih tinggi bagi kumpulan rawatan secara signifikan. Kesimpulannya, penggunaan modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari telah meningkatkan pencapaian pelajar biologi tingkatan empat. Implikasi kajian menunjukan modul pembelajaran teradun sesuai diaplikasikan sebagai alat bantu mengajar dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Penggunaan modul pembelajaran teradun ini juga menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi tahun 2013-2025 yang menggalakkan penggunaan ICT dalam meningkatkan kualiti pendidikan Negara.