Kualiti perkhidmatan pendidikan politeknik di Perak (IR)

<p>Kajian ini dijalankan bagi mengkaji perbezaan tahap kualiti perkhidmatan pendidikan tinggi (KPPT) dan dimensi-dimensinya mengikut jenis politeknik dan, menentukan hubungan di antara dimensi-dimensi KPPT dengan tahap KPPT secara keseluruhannya. Kajian dijalankan di dua buah Politekni...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Siti Aishah Ab Jalil
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3354
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini dijalankan bagi mengkaji perbezaan tahap kualiti perkhidmatan pendidikan tinggi (KPPT) dan dimensi-dimensinya mengikut jenis politeknik dan, menentukan hubungan di antara dimensi-dimensi KPPT dengan tahap KPPT secara keseluruhannya. Kajian dijalankan di dua buah Politeknik di Perak, menggunakan pendekatan kuantitatif dan melibatkan sampel yang terdiri daripada 320 orang pelajar. Data yang dikumpul menggunakan borang soal selidik telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, iaitu ujian-t bebas dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang positif dan signifikan bagi tahap KPPT. Secara keseluruhannya di antara politeknik, tetapi tidak bagi dimensi-dimensi KPPT. Analisis korelasi pula menunjukkan bahawa tiga dimensi KPPT, iaitu pembelajaran dan pengajaran, perkhidmatan sokongan dan fasiliti dan perkhidmatan mempunyai hubungan yang signifikan dengan KPPT. Secara kesimpulannya, empat daripada tujuh hipotesis yang dibuat adalah disokong. Implikasi daripada kajian ini menekankan pentingnya bagi pihak politeknik untuk mempertingkatkan kualiti dalam tiga aspek, iaitu pembelajaran dan pengajaran, perkhidmatan sokongan dan, fasiliti dan perkhidmatan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan di politeknik.</p>