Pemikiran rasionalisme dalam kumpulan sajak moden Kaliaperumal (IR)

<p>Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran rasionalisme, menganalisis kerelevenan pemikiran rasionalisme yang terdapat dalam sajak moden karya Kaliaperumal serta latar belakang dan kepengarangan Kaliaperumal. Kumpulan sajak moden Ponman:i Kan:aikal: dan Ponman:i Cinht...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sathiavani Maniam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3361
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran rasionalisme, menganalisis kerelevenan pemikiran rasionalisme yang terdapat dalam sajak moden karya Kaliaperumal serta latar belakang dan kepengarangan Kaliaperumal. Kumpulan sajak moden Ponman:i Kan:aikal: dan Ponman:i Cinhthanaikal: dipilih sebagai bahan kajian. Walaupun terdapat sebanyak 203 buah sajak, hanya sejumlah 143 buah sajak dari kedua-dua kumpulan mencerminkam pemikiran rasionalisme. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif deskriptif. Kaedah ini memberi keterangan tentang sifat dan keadaaan manusia serta memperoleh maklumat berkualiti dengan memberikan tumpuan pada kedua-dua kumpulan sajak moden Kaliaperumal. Kajian ini menggunakan teori rasionalisme dengan menekankan faktor institusi sosial, ekonomi dan politik. Hasil kajian menunjukkan bahawa Kaliaperumal merupakan seorang pengarang prolifik yang berani membincangkan tentang kehidupan masyarakat Tamil di Malaysia. Gambaran kehidupan masyarakat Tamil yang masih memberi keutamaan kepada sikap mementingkan diri sendiri telah didedahkan. Secara keseluruhannya penyajak Kaliaperumal berjaya mencerminkan pemikiran rasionalisme menerusi sajak-sajak beliau dengan mengaitkan kehidupan sebenar masyarakat Tamil di negara ini. Kajian ini menegaskan bahawa masyarakat Tamil boleh berjaya jika amalan kesedaran dan keinsafan dipraktikkan dalam kehidupan mereka.</p>