Tema dan fungsi peribahasa masyarakat Kadazandusun (IR)

<p>Masyarakat Kadazandusun sangat kaya dengan unsur dan nilai sastera yang mencakupi puisi, prosa tradisional, adat resam, kebudayaan dan banyak lagi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis tema dan fungsi peribahasa masyarakat Kadazandusun sebagai lambang cerminan budayany...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Raymond Raimi, Rowdella
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3362
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Masyarakat Kadazandusun sangat kaya dengan unsur dan nilai sastera yang mencakupi puisi, prosa tradisional, adat resam, kebudayaan dan banyak lagi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis tema dan fungsi peribahasa masyarakat Kadazandusun sebagai lambang cerminan budayanya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan mengaplikasikan Teori Budaya dan gagasan Zaba. Penyelidikan ini menjelaskan secara terperinci jenis-jenis peribahasa, tema dan fungsi peribahasa serta menghuraikan hubungan peribahasa dengan budaya. Justeru, usaha penyelidikan peribahasa sebagai sebahagian khazanah budaya masyarakat Kadazandusun dapat membentuk jati diri mahupun didikan sebagai moraliti masyarakat. Peribahasa turut mengajar nilai hidup bermasyarakat dan membentuk masyarakat yang beradab sopan serta sebagai alat didaktik untuk memperluas pengetahuan bahasa. Oleh itu, hasil daripada kajian ini mendapati bahawa peribahasa dapat dibahagi kepada empat jenis iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan yang dibuktikan melalui seni percakapan dan golongannya dalam bahasa kiasan. Di samping itu, tema dan fungsi dapat menjelaskan secara terperinci keunikan peribahasa yakni mengelompokkan peribahasa semula dan mengaitkan maklumat tersirat dan tersurat. Tema dan fungsi ini selaras dan berkait rapat dengan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan dari segi ekonomi, adat resam, perkahwinan dan sosial masyarakat Kadazandusun. Menyedari hakikat peribahasa yang kian dilupakan oleh masyarakat Kadazandusun khususnya, maka pendapat para tokoh berkaitan dengan peribahasa dan pembudayaan akan membuktikan kepentingan peribahasa yang mampu membuka minda masyarakat serta mengingatkan semula peribahasa sebagai lambang kebanggaan bahasa dan bangsa. Implikasinya, kajian ini dapat dikongsikan bersama seluruh masyarakat tentang pentingnya peribahasa kepada generasi muda dalam masyarakat.</p>