Gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF (IR)

Kajian ini bertujuan untuk meneroka kecenderungan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran Berkemampuan Tahap Tinggi (MBPBTT) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF. Kajian ini ialah satu kajian kes iaitu data kajian diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan hasil kerja murid. Kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Razimi Husin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=337
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka kecenderungan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran Berkemampuan Tahap Tinggi (MBPBTT) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF. Kajian ini ialah satu kajian kes iaitu data kajian diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan hasil kerja murid. Kajian dijalankan terhadap enam orang murid, empat orang guru dan enam orang ibu bapa. Murid kategori bermasalah pembelajaran dipilih menggunakan kaedah sampel secara bertujuan di sekolah rendah Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP) di negeri Perak yang berumur antara 10 hingga 13 tahun. Konstruk dan kesahan dalaman telah disahkan oleh pakar, manakala kesahan luar diperoleh dengan membandingkan dapatan kajian lain yang berasaskan teori berkaitan. Data dianalisis dengan teknik perbandingan berterusan ciri gaya pembelajaran MBPBTT. Perbandingan dilakukan ini bagi mengenal pasti tema ciri gaya pembelajaran yang dimiliki oleh mereka dan mengenal pasti sejauh mana penekanannya diberikan di sekolah. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn dijadikan panduan dalam pemerhatian kerana model ini paling sesuai diaplikasikan kepada murid bermasalah pembelajaran. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat pola yang sama dengan Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn walaupun penekanan terhadap gaya pembelajaran ini kurang diberi perhatian di sekolah. Namun, terdapat lapan gaya pembelajaran Stimulus Baharu MBPBTT yang tidak dijelaskan dalam Model Dunn dan Dunn. Dapatan kajian ini telah menghasilkan Model Gaya Pembelajaran MBPBTT yang boleh dijadikan panduan oleh warga pendidik untuk mengenal pasti dan memahami gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran.