Pemahaman konsep bentuk, dimensi dan ruang dalam kalangan kanak-kanak prasekolah melalui lukisan (IR)
<p>Kajian ini bertujuan untuk menentukan pemahaman kanak-kanak prasekolah mengenai konsep bentuk dimensi dan ruang, iaitu bentuk dimensi melalui pandangan sistem paksi dan sistem unjuran, serta kedudukan objek dalam ruang melalui lukisan yang mereka lukis. Reka bentuk kajian ini menggu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3370 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini bertujuan untuk menentukan pemahaman kanak-kanak prasekolah mengenai konsep bentuk dimensi dan ruang, iaitu bentuk dimensi melalui pandangan sistem paksi dan sistem unjuran, serta kedudukan objek dalam ruang melalui lukisan yang mereka lukis. Reka bentuk kajian ini mengguna pakai kaedah penyelidikan deskriptif jenis kajian tinjauan dengan menggunakan tugasan melukis ke atas sampel seramai 50 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur antara 5 hingga 6 tahun di sekitar Bestari Jaya, Selangor. Penilaian tugasan melukis dibuat berdasarkan Georgia Standards of Excellence Frameworks 2013-2014. Kesemua lukisan kanak-kanak dinilai untuk menentukan tahap pemahaman mereka. Hasil dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak prasekolah berada pada pemahaman paksi ortogon untuk pemahaman bentuk dimensi pandangan sistem paksi, pemahaman ortografik untuk bentuk dimensi pandangan sistem unjuran, dan pemahaman konsep ruang berada pada standard sederhana. Kajian ini memberi implikasi kepada silibus dan modul komponen awal matematik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran pendidikan awal matematik prasekolah. Hasil kajian ini menunjukkan, dengan kaedah melukis dan penggunaan rubrik, pemahaman bentuk dimensi dan ruang kanak-kanak dapat dinilai. Kesimpulan kajian mendapati kanak-kanak dalam usia 5 hingga 6 tahun masih berada pada peringkat tahap awal iaitu peringkat mengenal dan menamakan bentuk, manakala bagi pemahaman ruang, mereka berada pada tahap awal pemahaman peringkat synthetic incapacity dalam teori pemahaman ruang Piaget.</p> |
---|