Pembinaan dan validasi instrumen penilaian pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (i-PBS) (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan Instrumen Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (i-PBS). Draf pertama instrumen ini mengandungi 50 item yang terdiri daripada kombinasi ujian aneka pilihan dan soal selidik berbentuk skala Likert 5- mata. Ujian aneka pilihan dibina...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azwal Mohamed Zul
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3383
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan Instrumen Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (i-PBS). Draf pertama instrumen ini mengandungi 50 item yang terdiri daripada kombinasi ujian aneka pilihan dan soal selidik berbentuk skala Likert 5- mata. Ujian aneka pilihan dibina untuk menilai tahap pengetahuan dan kemahiran guru melaksanakan PBS manakala skala Likert 5-mata pula dibina untuk mendapatkan maklumat berkaitan kekuatan dan kekangan guru melaksanakan PBS. Populasi kajian terdiri daripada 1230 orang guru sekolah rendah di Daerah Rompin, Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 655 orang guru yang dipilih secara rawak daripada kesemua 43 buah sekolah rendah di daerah tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Model pengukuran Rasch digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan item melalui nilai-nilai kebolehpercayaan dan pengasingan item, kesesuaian item (item fit), polariti item, peta item individu dan taburan kesukaran item. Keseluruhannya, i-PBS menunjukkan bukti-bukti kesahan dan kebolehpercayaan yang baik berdasarkan ciri-ciri psikometrik item. Tiga item telah disingkirkan kerana misfit. Keputusan menunjukkan lebih dua pertiga guru mempunyai pengetahuan pada tahap baik dan cemerlang tentang dasar PBS. Begitu juga dengan kemahiran guru melaksanakan PBS yang mana majoriti guru mempunyai kemahiran pada tahap baik dan cemerlang. Namun begitu, tahap pengetahuan guru tentang pengoperasian PBS masih belum memuaskan yang mana lebih kurang satu pertiga guru berada pada tahap lemah. Kebanyakan guru bersetuju sistem offline memudahkan urusan perekodan data pentaksiran berbanding sistem online yang digunapakai sebelum ini. Guru juga bersetuju latihan dan kursus PBS mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam melaksanakan PBS. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan keperluan latihan PBS yang berterusan terutama dalam aspek pengoperasian PBS, menambah kapasiti pelayar serta mewujudkan sistem penjadualan kemasukan data mengikut negeri supaya capaian yang lebih efisien diperolehi. Sumbangan kajian ini terhadap bidang pengukuran penilaian ialah terhasilnya instrumen i-PBS yang mempunyai nilai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi yang boleh digunakan di sekolah-sekolah rendah Malaysia.