Profil penaakulan pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam pendidikan jasmani (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Profil Penaakulan Pelajar (PPP) berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam Pendidikan Jasmani. Profil Penaakulan Pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding ditentukan keberkesanannya melalui keputusan Ujian Penilaian Kemahiran Menaa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Razak Noruzzaman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=339
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Profil Penaakulan Pelajar (PPP) berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam Pendidikan Jasmani. Profil Penaakulan Pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding ditentukan keberkesanannya melalui keputusan Ujian Penilaian Kemahiran Menaakul (UPKM) dan Games Performance Assessment Instrument (GPAI). Reka bentuk kajian kuasieksperimen dijalankan di empat buah sekolah menengah dalam daerah Hilir Perak, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 280 orang pelajar Tingkatan 2 dan empat orang guru Pendidikan Jasmani. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis inferensi pula menggunakan ANCOVA dan regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian PPP melalui UPKM dan GPAI antara pelajar kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Keputusan regresi berganda menunjukkan hubungan yang signifikan antara pencapaian PPP melalui UPKM dan GPAI terhadap pelajar kumpulan rawatan. Analisis data kualitatif melalui temu bual pula menunjukkan tahap persetujuan guru yang sangat tinggi terhadap penggunaan PPP. Kesimpulan kajian menunjukkan penggunaan instrumen PPP dapat mempertingkatkan tahap penaakulan pelajar secara holistik dan komprehensif. Implikasi kajian mencadangkan PPP sebagai instrumen alternatif untuk menentukan aras domain pembelajaran berteraskan penaakulan ke arah pencapaian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.