Profil penaakulan pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam pendidikan jasmani (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Profil Penaakulan Pelajar (PPP) berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam Pendidikan Jasmani. Profil Penaakulan Pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding ditentukan keberkesanannya melalui keputusan Ujian Penilaian Kemahiran Menaa...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abdul Razak Noruzzaman
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=339
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Profil Penaakulan Pelajar (PPP) berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam Pendidikan Jasmani. Profil Penaakulan Pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding ditentukan keberkesanannya melalui keputusan Ujian Penilaian Kemahiran Menaakul (UPKM) dan Games Performance Assessment Instrument (GPAI). Reka bentuk kajian kuasieksperimen dijalankan di empat buah sekolah menengah dalam daerah Hilir Perak, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 280 orang pelajar Tingkatan 2 dan empat orang guru Pendidikan Jasmani. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis inferensi pula menggunakan ANCOVA dan regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian PPP melalui UPKM dan GPAI antara pelajar kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Keputusan regresi berganda menunjukkan hubungan yang signifikan antara pencapaian PPP melalui UPKM dan GPAI terhadap pelajar kumpulan rawatan. Analisis data kualitatif melalui temu bual pula menunjukkan tahap persetujuan guru yang sangat tinggi terhadap penggunaan PPP. Kesimpulan kajian menunjukkan penggunaan instrumen PPP dapat mempertingkatkan tahap penaakulan pelajar secara holistik dan komprehensif. Implikasi kajian mencadangkan PPP sebagai instrumen alternatif untuk menentukan aras domain pembelajaran berteraskan penaakulan ke arah pencapaian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.