Profil penaakulan pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam pendidikan jasmani (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Profil Penaakulan Pelajar (PPP) berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam Pendidikan Jasmani. Profil Penaakulan Pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding ditentukan keberkesanannya melalui keputusan Ujian Penilaian Kemahiran Menaa...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Abdul Razak Noruzzaman
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=339
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Profil Penaakulan Pelajar (PPP) berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam Pendidikan Jasmani. Profil Penaakulan Pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding ditentukan keberkesanannya melalui keputusan Ujian Penilaian Kemahiran Menaakul (UPKM) dan Games Performance Assessment Instrument (GPAI). Reka bentuk kajian kuasieksperimen dijalankan di empat buah sekolah menengah dalam daerah Hilir Perak, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 280 orang pelajar Tingkatan 2 dan empat orang guru Pendidikan Jasmani. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis inferensi pula menggunakan ANCOVA dan regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian PPP melalui UPKM dan GPAI antara pelajar kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Keputusan regresi berganda menunjukkan hubungan yang signifikan antara pencapaian PPP melalui UPKM dan GPAI terhadap pelajar kumpulan rawatan. Analisis data kualitatif melalui temu bual pula menunjukkan tahap persetujuan guru yang sangat tinggi terhadap penggunaan PPP. Kesimpulan kajian menunjukkan penggunaan instrumen PPP dapat mempertingkatkan tahap penaakulan pelajar secara holistik dan komprehensif. Implikasi kajian mencadangkan PPP sebagai instrumen alternatif untuk menentukan aras domain pembelajaran berteraskan penaakulan ke arah pencapaian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.