Model kesediaan guru pendidikan kesihatan dan seksualiti pendidikan khas program integrasi murid bermasalah pembelajaran sekolah rendah (IR)
<p>Kajian ini bertujuan membina satu Model Kesediaan Guru Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti Pendidikan Khas Program Integrasi Murid Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah di Sabah. Selain itu, pengaruh faktor-faktor kewajaran pelaksanaan Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti dan faktor...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3439 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini bertujuan membina satu Model Kesediaan Guru Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti Pendidikan Khas Program Integrasi Murid Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah di Sabah. Selain itu, pengaruh faktor-faktor kewajaran pelaksanaan Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti dan faktor kepercayaan dan kesedaran guru terhadap kesediaan guru-guru ke atas pelaksanaan Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti kepada murid-murid bermasalah pembelajaran turut dikaji. Seramai 288 orang guru yang mengajar di seluruh sekolah rendah Pendidikan Khas Program Integrasi Murid Bermasalah Pembelajaran di seluruh Sabah terlibat dalam kajian ini. Pembinaan kerangka model Kesediaan Guru ini menggunakan pembinaan Model Persamaan Struktural berasaskan data empirikal dan menunjukkan hubungan faktor-faktor yang dikaji. Instrumen soal selidik dibangunkan sepenuhnya oleh pengkaji dan dianalisis mengikut keperluan iaitu melalui analisis faktor eksploratori (Exploratory Factor Analysis/EFA) menggunakan program aplikasi SPSS versi 23.0, Analisis Konfirmatori Faktor (Confirmatory Factor Analysis/CFA) dan analisis Model Persamaan Struktural (Structural Equation Modeling) menggunakan program aplikasi AMOS. Dapatan SEM adalah 2df = 2.408 (< 5.0), RMR = .350 ( .80), CFI = .939 (>.90), TLI = .932 (>.90), IFI = .939 (>.90); NFI = .900 (>.90), PCFI = .846 (>.60), dan RMSEA = 0.70 (<.80) adalah sepadan dengan data kajian. Dapatan kajian menunjukkan kepentingan kesediaan guru-guru terhadap pelaksanaan Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Di samping itu, faktor-faktor yang mempengaruhi aspek kesediaan guru-guru seperti faktor peranan sekolah, faktor keperluan kurikulum Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti, faktor budaya persekitaran, faktor agama, faktor peranan ibu bapa/penjaga, faktor kepercayaan dan kesedaran guru perlu dipertimbangkan dalam meningkatkan keberkesanan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.</p> |
---|