Pembinaan model struktur budaya sekolah, komuniti pembelajaran profesional dan kompetensi kerja guru Sekolah Kebangsaan Malaysia (IR)

<p>Tujuan utama kajian ini ialah untuk membina model struktur Budaya Sekolah (BS), Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dan Kompetensi Kerja Guru (KKG). Pendekatan kuantitatif bersama reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini melibatkan 450 orang guru sekolah kebangsaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Faiz Mohd Yaakob
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3464
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Tujuan utama kajian ini ialah untuk membina model struktur Budaya Sekolah (BS), Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dan Kompetensi Kerja Guru (KKG). Pendekatan kuantitatif bersama reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini melibatkan 450 orang guru sekolah kebangsaan di Malaysia. Analisis Structural Equation Modeling (SEM) digunakan untuk menguji model, menganalisis faktor pengesahan dan menganalisis kesepadanan dan membangunkan model. Soal selidik School Cultural Elements Questionnaire (SCEQ) telah digunakan untuk BS, manakala Professional Learning Community Assessment (PLC-A) untuk KPP, dan modifikasi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) untuk KKG. Dapatan kajian menemui analisis faktor penerokaan BS dibentuk oleh lima faktor iaitu; kepimpinan transformasi, berkongsi perancangan, nilai profesional, kolaborasi, dan penekanan pembelajaran. KPP pula dibentuk oleh lima faktor iaitu; perkongsian nilai visi, perkongsian sokongan kepimpinan, pembelajaran kolektif aplikasi, sokongan keadaan, dan perkongsian amalan persendirian. Manakala KKG pula dibentuk oleh tiga faktor iaitu; profesionalisme, kemahiran, dan pengetahuan. Dapatan analisis faktor pengesahan menunjukkan model pengukuran BS, KPP dan KKG berjaya mencapai indeks kesepadanan. Dapatan menunjukkan BS mempunyai perhubungan yang positif dan signifikan BS kepada KPP; BS mempunyai perhubungan yang positif dan signifikan kepada KKG; dan KPP terdapat perhubungan yang positif dan signifikan kepada KKG. Walau bagaimanapun, KPP bukan merupakan mediator antara BS dan KKG. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membentuk model struktur BS, KPP dan KKG dengan mencapai indeks kesepadanan. Implikasi kajian ini memberikan indikator yang jelas kepada KPM dan agensi yang bernaung di bawahnya mengenai model berkaitan BS, KPP dan KKG.</p>