Analisis wacana penulisan karangan dalam kalangan murid bahasa kedua (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis wacana dalam penulisan karangan murid bahasa kedua berlandaskan Teori Sistemik Fungsional, Pendekatan Hipertema dan Makrotema. Sebanyak 91 buah karangan murid bahasa kedua telah dianalisis melibatkan 2013 ayat dan 501 perenggan dengan menggunakan pendekatan an...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Norfaizah Abdul Jobar
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2017
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3468
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis wacana dalam penulisan karangan murid bahasa kedua berlandaskan Teori Sistemik Fungsional, Pendekatan Hipertema dan Makrotema. Sebanyak 91 buah karangan murid bahasa kedua telah dianalisis melibatkan 2013 ayat dan 501 perenggan dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian Tema Ideasional dalam unit perenggan pendahuluan, isi dan kesimpulan melibatkan proses-perihal, proseslakuan, manakala pemanfaatan unsur keadaan-lokasi dan keadaan-peranan lebih diutamakan dalam unit pendahuluan tetapi unsur keadaan-lingkungan dan keadaan sebab melibatkan unit isi dan kesimpulan. Seterusnya, pemanfaatan Tema Interpersonal, bagi unit pendahuluan melibatkan aplikasi unsur kata tanya, unit isi dan kesimpulan pula melibatkan unsur komen. Strategi Tekstual bagi unit pendahuluan melibatkan pemanfaatan unsur penghubung tambahan, unit isi melibatkan pemanfataan unsur penghubung musabab dan unit kesimpulan melibatkan pemanfaatan unsur penghubung tempoh. Selain itu, strategi peribahasa sebagai hipertema dimanfaatkan dalam unit pendahuluan, isi dan kesimpulan sebagai perantai idea dan unsur kausatif, manakala peribahasa sebagai strategi makrotema dimanfaatkan dalam unit pendahuluan dan kesimpulan sebagai perwakilan idea, perumus pembuktian dan perumus ikatan. Bagi analisis pengupayaan jenis Tema pula, murid sering memanfaatkan Tema Bertanda dengan mengutamakan gabungan Tekstual dan Ideasional untuk memulakan ayat. Hasil kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pengamal pendidikan khususnya guru Bahasa Melayu bagi menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan untuk murid bahasa kedua. Guru dan murid juga berpeluang untuk memahami penglahiran idea secara sistematik dan dapat menyalurkan maklumat bagi mengenal pasti permasalahan dalam penulisan karangan.