Kesan kaunseling kelompok perkembangan dan rawatan terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak pelajar SMKA (IR)

Kajian eksperimental ini dijalankan berdasarkan lima tujuan utama. Pertama, mengukur kesan Kaunseling Kelompok Perkembangan dan Rawatan (KKPR) terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Kedua, mengukur kesan KKPR terhadap konsep kendiri, resilien dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Fazzuan Khalid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3517
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id oai:ir.upsi.edu.my:3517
record_format uketd_dc
spelling oai:ir.upsi.edu.my:35172020-02-27 Kesan kaunseling kelompok perkembangan dan rawatan terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak pelajar SMKA (IR) 2017 Nurul Fazzuan Khalid BF Psychology Kajian eksperimental ini dijalankan berdasarkan lima tujuan utama. Pertama, mengukur kesan Kaunseling Kelompok Perkembangan dan Rawatan (KKPR) terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Kedua, mengukur kesan KKPR terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak kumpulan rawatan maraton dan kumpulan rawatan mingguan. Ketiga, mengukur kesan KKPR terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak kumpulan rawatan keluarga berpendapatan tinggi dan kumpulan rawatan keluarga berpendapatan rendah. Keempat, mengenal pasti bentuk gangguan psikologikal terhadap subjek. Kelima, meneroka perubahan psikologikal terhadap subjek kesan intervensi KKPR. Seramai 60 subjek diagihkan secara rawak kepada empat kumpulan rawatan mingguan dan maraton (keluarga berpendapatan tinggi dan keluarga berpendapatan rendah) dan dua kumpulan kawalan (keluarga berpendapatan tinggi dan keluarga berpendapatan rendah). Data kuantitatif ujian pra dan ujian pos dikumpul menggunakan Skala Konsep Kendiri Multidimensi, Skala Daya Ketahanan serta Inventori Strategi Daya Tindak dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui ujian statistik min, MANCOVA dan Post Hoc Tukey pada aras signifikan 0.5. Data temu bual dikumpulkan melalui lima subjek dan dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan; pertama, kumpulan rawatan KKPR lebih berkesan secara signifikan meningkatkan konsep kendiri, resilien dan daya tindak berbanding kumpulan kawalan. Kedua, kumpulan rawatan mingguan lebih berkesan berbanding kumpulan rawatan maraton dalam meningkatkan konsep kendiri, resilien dan daya tindak subjek. Ketiga, kumpulan rawatan pendapatan keluarga rendah lebih berkesan berbanding kumpulan rawatan pendapatan keluarga tinggi dalam meningkatkan konsep kendiri, resilien dan daya tindak subjek. Keempat, kelompok kaunseling KKPR berkesan mengenal pasti gangguan psikologikal dialami subjek berpunca daripada pemikiran tidak rasional. Kelima, kelompok kaunseling KKPR berkesan menyingkirkan pemikiran tidak rasional serta menyesuaikan emosi dan tingkah laku positif subjek. Kesimpulannya, KKPR didapati berkesan meningkatkan konsep kendiri, resilien dan daya tindak dalam kalangan subjek kajian. Secara keseluruhan, dapatan kajian memberi implikasi teoritikal dan praktikal terhadap bidang kaunseling dalam konteks menangani tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar. 2017 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3517 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3517 text zsm closedAccess Doctoral Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pembangunan Manusia N/A
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
collection UPSI Digital Repository
language zsm
topic BF Psychology
spellingShingle BF Psychology
Nurul Fazzuan Khalid
Kesan kaunseling kelompok perkembangan dan rawatan terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak pelajar SMKA (IR)
description Kajian eksperimental ini dijalankan berdasarkan lima tujuan utama. Pertama, mengukur kesan Kaunseling Kelompok Perkembangan dan Rawatan (KKPR) terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Kedua, mengukur kesan KKPR terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak kumpulan rawatan maraton dan kumpulan rawatan mingguan. Ketiga, mengukur kesan KKPR terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak kumpulan rawatan keluarga berpendapatan tinggi dan kumpulan rawatan keluarga berpendapatan rendah. Keempat, mengenal pasti bentuk gangguan psikologikal terhadap subjek. Kelima, meneroka perubahan psikologikal terhadap subjek kesan intervensi KKPR. Seramai 60 subjek diagihkan secara rawak kepada empat kumpulan rawatan mingguan dan maraton (keluarga berpendapatan tinggi dan keluarga berpendapatan rendah) dan dua kumpulan kawalan (keluarga berpendapatan tinggi dan keluarga berpendapatan rendah). Data kuantitatif ujian pra dan ujian pos dikumpul menggunakan Skala Konsep Kendiri Multidimensi, Skala Daya Ketahanan serta Inventori Strategi Daya Tindak dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui ujian statistik min, MANCOVA dan Post Hoc Tukey pada aras signifikan 0.5. Data temu bual dikumpulkan melalui lima subjek dan dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan; pertama, kumpulan rawatan KKPR lebih berkesan secara signifikan meningkatkan konsep kendiri, resilien dan daya tindak berbanding kumpulan kawalan. Kedua, kumpulan rawatan mingguan lebih berkesan berbanding kumpulan rawatan maraton dalam meningkatkan konsep kendiri, resilien dan daya tindak subjek. Ketiga, kumpulan rawatan pendapatan keluarga rendah lebih berkesan berbanding kumpulan rawatan pendapatan keluarga tinggi dalam meningkatkan konsep kendiri, resilien dan daya tindak subjek. Keempat, kelompok kaunseling KKPR berkesan mengenal pasti gangguan psikologikal dialami subjek berpunca daripada pemikiran tidak rasional. Kelima, kelompok kaunseling KKPR berkesan menyingkirkan pemikiran tidak rasional serta menyesuaikan emosi dan tingkah laku positif subjek. Kesimpulannya, KKPR didapati berkesan meningkatkan konsep kendiri, resilien dan daya tindak dalam kalangan subjek kajian. Secara keseluruhan, dapatan kajian memberi implikasi teoritikal dan praktikal terhadap bidang kaunseling dalam konteks menangani tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar.
format thesis
qualification_name
qualification_level Doctorate
author Nurul Fazzuan Khalid
author_facet Nurul Fazzuan Khalid
author_sort Nurul Fazzuan Khalid
title Kesan kaunseling kelompok perkembangan dan rawatan terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak pelajar SMKA (IR)
title_short Kesan kaunseling kelompok perkembangan dan rawatan terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak pelajar SMKA (IR)
title_full Kesan kaunseling kelompok perkembangan dan rawatan terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak pelajar SMKA (IR)
title_fullStr Kesan kaunseling kelompok perkembangan dan rawatan terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak pelajar SMKA (IR)
title_full_unstemmed Kesan kaunseling kelompok perkembangan dan rawatan terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak pelajar SMKA (IR)
title_sort kesan kaunseling kelompok perkembangan dan rawatan terhadap konsep kendiri, resilien dan daya tindak pelajar smka (ir)
granting_institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
granting_department Fakulti Pembangunan Manusia
publishDate 2017
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3517
_version_ 1747833081807503360