Gaya pembelajaran murid orang asli di Perak dalam pendidikan Islam (IR)

<p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran murid Orang Asli dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah negeri Perak. Kajian ini menggunakan Teori Kognitif Piaget, Gestalt, Pembelajaran Tadrij, Teori Dua Faktor Motivasi Herzberg dan Model Dunn &a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Yusri Bakir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3523
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran murid Orang Asli dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah negeri Perak. Kajian ini menggunakan Teori Kognitif Piaget, Gestalt, Pembelajaran Tadrij, Teori Dua Faktor Motivasi Herzberg dan Model Dunn & Dunn untuk mengkaji gaya pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid Orang Asli merangkumi aspek motivasi, tanggungjawab, kecekalan, persekitaran, struktur, sosiologi, fisiologi dan psikologi. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan menggunakan metod kuantitatif dan kualitatif. Metod kuantitatif melibatkan soal selidik yang diedarkan kepada 199 orang murid dan disokong oleh metod kualitatif yang melibatkan pemerhatian terhadap enam orang murid Orang Asli beragama Islam. Data kajian dianalisis untuk melihat deskriptif dan inferensi; frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, ujian MANOVA serta korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati gaya pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid Orang Asli adalah sederhana tinggi. Aspek motivasi dan struktur menunjukkan skor min yang tinggi, sementara aspek tanggung jawab, kecekalan, persekitaran, sosiologi, fisiologi dan psikologi menunjukkan tahap sederhana tinggi. Dapatan ini disokong melalui pemerhatian di dalam kelas bagi mengukuhkan hasil dapatan deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran murid Orang Asli berdasarkan jantina, lokasi sekolah, suku kaum, pendidikan dan pendapatan ibu bapa. Hasil analisis korelasi pula mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara komponen gaya pembelajaran murid Orang Asli dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam. Implikasi hasil kajian ini, mencadangkan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian dan kebolehan murid Orang Asli Islam berdasarkan konstruk yang telah dibincangkan.</p>