Kritikan terhadap politik dalam kepimpinan melalui karya seni (IR)

<p>Kajian ini dimulakan dengan kecenderungan terhadap pemerhatian suasana politik yang saban hari menampakkan semakin meruncing ekoran daripada perbalahan dan perselisihan pendapat dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Hari ini, politik merupakan satu kesatuan yang terjalin daripada id...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Enfendi Desa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3530
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini dimulakan dengan kecenderungan terhadap pemerhatian suasana politik yang saban hari menampakkan semakin meruncing ekoran daripada perbalahan dan perselisihan pendapat dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Hari ini, politik merupakan satu kesatuan yang terjalin daripada idea, falsafah, doktrin, konsep dan teori berhubung kewujudan institusi negara. Penyelidik mengenengahkan isu politik dalam kepimpinan yang seringkali menjadi perbualan hangat dikalangan masyarakat. Tujuan penyelidikan ini ialah menganalisa isu subjek dan skop dalam kepimpinan. Selepas proses menganalisa dilaksanakan, tujuan kedua ialah menghasilkan karya berdasarkan keputusan objektif satu dengan pendekatan metafora. Penyelidik ingin menyampaikan sindiran dalam bentuk visual berunsurkan kritikan yang bersifat metafora, dengan menggunakan imej atau simbolik sebagai pengganti kiasan yang disampaikan secara lisan atau bertulis. Reka bentuk kajian, menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh J.J. Winklemann dan mempunyai dua fasa: (i) fasa pengumpulan data yang terdiri daripada pensampelan dan peralatan berdasarkan kaedah pemerhatian imejan yang ideal (ii) fasa kedua adalah berdasarkan pengeluaran karya yang berasaskan kajian studio. Hasil daripada penyelidikan ini, terdapat enam (6) buah karya yang menjurus kepada isu politik dalam kepimpinan berdasarkan pendekatan metafora. Kesimpulannya penyelidik berpendapat pendekatan metafora adalah paling tepat dalam proses memvisualkan isu yang sensitif. Implikasi dari penyelidikan ini secara langsung memberi panduan kepada pengamal seni visual untuk menggunakan pendekatan metafora dalam penghasilan karya bagi mengelakkan rasa kurang senang dikalangan audien dalam mengenengahkan isu-isu sensitif.</p>