Simili dalam puisi Tamil Bharathidasan (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menjelaskan keistimewaan simili dan mengenal pasti simili yang banyak digunakan dalam puisi Bharathidasan. Ianya juga dilaksanakan untuk menganalisa penggunaan teori simili oleh Bharathidasan dalam antologi Alakin Cirippu dan Icai Amutu....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kasturi Subramaniam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3531
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menjelaskan keistimewaan simili dan mengenal pasti simili yang banyak digunakan dalam puisi Bharathidasan. Ianya juga dilaksanakan untuk menganalisa penggunaan teori simili oleh Bharathidasan dalam antologi Alakin Cirippu dan Icai Amutu. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis kandungan teks serta teori simili yang dipelopori oleh Tholkaapiyar digunakan. Kajian ini berdasarkan kepada empat jenis simili iaitu vinai, payan, mei dan uru. Dapatan kajian menunjukkan daripada 227 buah puisi yang dikaji, 18 buah puisi menggambarkan simili vinai, lapan buah puisi menggambarkan simili payan, 24 buah puisi menggambarkan simili mei dan 14 buah puisi menggambarkan simili uru. Kajian ini menunjukkan 62 daripada 64 buah puisi mengandungi simili yang sesuai dengan teori simili Tholkaapiyar. Dua buah puisi mengandungi simili yang tidak sesuai kerana ianya dihasilkan untuk menghayati keindahan dan keunikan puisi melalui pengaplikasian teori simili. Puisi Bharathidasan menunjukkan penggunaan empat jenis simili boleh dijadikan contoh atau panduan dalam penulisan puisi. Implikasi kajian boleh digunakan oleh pemuisi Tamil di Malaysia untuk menghasilkan puisi yang lebih menarik menggunakan simili oleh Bharathidasan.</p>