Kesan kepimpinan mobil terhadap komunikasi, prestasi kerja harian dan motivasi dalam kalangan guru di Pulau Pinang (IR)

<p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan Kumpulan Kepimpinan Mobil (KKM) kepada komunikasi, prestasi kerja harian dan motivasi dalam kalangan guru berbanding dengan Kumpulan Kawalan di Pulau Pinang. Hubungan antara komunikasi dengan prestasi kerja harian dan hubungan anta...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Oh Zi Jian
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3534
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan Kumpulan Kepimpinan Mobil (KKM) kepada komunikasi, prestasi kerja harian dan motivasi dalam kalangan guru berbanding dengan Kumpulan Kawalan di Pulau Pinang. Hubungan antara komunikasi dengan prestasi kerja harian dan hubungan antara komunikasi dengan motivasi turut dikenal pasti dalam kalangan guru melalui Kumpulan Kepimpinan Mobil. Pendekatan kuasi eksperimen diaplikasikan dalam kajian ini. Sejumlah 156 responden telah diambil sebagai sampel kajian. Teknik pensampelan digunakan dalam kajian ini ialah pensampelan rawak mudah dengan menggunakan jadual nombor rawak. Dapatan kajian menunjukkan Kepimpinan Mobil mempunyai kesan signifikan terhadap komunikasi, prestasi kerja harian dan motivasi dalam kalangan guru. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif antara komunikasi dengan prestasi kerja harian dalam kalangan guru melalui KKM berbanding dengan Kumpulan Kawalan. Analisis juga menunjukkan hubungan positif antara komunikasi dengan motivasi dalam kalangan guru di kumpulan KKM. Secara keseluruhannya, kaedah kepimpinan mobil memberi kesan positif kepada guru dan sesuai digunakan oleh pemimpin sekolah. Implikasi kajian menyokong Teori Penstrukturan Adaptif, Teori Kegunaan dan Kepuasan, Teori Motivasi Pencapaian McClelland dan Model Penerimaan Teknologi. Penyelidikan yang lebih lanjut perlu dijalankan untuk memperluaskan potensi kepimpinan mobil dalam bidang pengurusan pendidikan.</p>