Pengaruh kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar di sebuah sekolah menengah (IR)

<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan enam di sebuah sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kepercayaan efikasi kendiri dan tingk...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nurul Hidayu Mohammad
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3537
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan enam di sebuah sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kepercayaan efikasi kendiri dan tingkah laku penerokaan kerjaya berdasarkan jantina dan umur. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan bilangan sampel adalah seramai 254 orang pelajar. Kajian menggunakan instrumen borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi iaitu dengan melibatkan Ujian-t serta regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara kepercayaan efikasi kendiri dengan tingkah laku penerokaan kerjaya. Terdapat perbezaan yang signifikan kepercayaan efikasi kendiri serta tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar berdasarkan umur. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepercayaan efikasi kendiri pelajar dan tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar berdasarkan jantina. Kesimpulannya kepercayaan efikasi kendiri memberi impak terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya pelajar. Implikasi kajian menunjukkan semua pihak seperti ibu bapa, guru dan pelajar itu sendiri perlu memainkan peranan dalam meningkatkan kepercayaan efikasi kendiri terhadap tingkah laku penerokaan kerjaya.</p>