Persepsi terhadap keberkesanan pembelajaran aktif dalam pengajian dan pembelajaran mata pelajaran ekonomi asas tingkatan empat (IR)

Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah pembelajaran aktif dalammeningkatkan pencapaian akademik, minat, motivasi dan interaksi sosial pelajar bagimata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat berbanding dengan kaedah tradisional‘chalk-and-talk’. Instrumen kajian ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Seow Yea Pyng
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=354
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah pembelajaran aktif dalammeningkatkan pencapaian akademik, minat, motivasi dan interaksi sosial pelajar bagimata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat berbanding dengan kaedah tradisional‘chalk-and-talk’. Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Pra dan UjianPencapaian, rancangan mengajar harian dan soal selidik. Kajian ini dilaksanakandengan menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi. Responden kajian terdiridaripada 64 orang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah DaerahKinta Selatan, Perak. Seramai 34 orang pelajar dari sebuah kelas dijadikan kumpulanrawatan yang mengikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif, sementara 30 orangpelajar dari satu kelas lagi dijadikan kumpulan kawalan yang mengikuti kaedahtradisional ‘chalk-and-talk’. Data dianalisis dengan menggunakan teknik AnalisisKovarians (ANCOVA) dan Ujian-T Sampel Berpasangan. Hasil ANCOVAmenunjukkan terdapat kesan kaedah pembelajaran aktif yang signifikan terhadappencapaian akademik pelajar berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional‘chalk-and-talk’ bagi mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Manakala hasilanalisis Ujian-T Sampel Berpasangan menunjukkan bahawa terdapat peningkatanminat dan motivasi para pelajar yang signifikan selepas mereka mengikuti aktivitiaktivitipembelajaran aktif dalam kelas Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Namunbegitu, tiada peningkatan interaksi sosial di kalangan pelajar yang signifikan selepasmereka mengikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif. Implikasi dapatan kajian inimencadangkan bahawa pihak guru, pentadbir sekolah dan KPM wajar menggalakkandan memperluaskan pengaplikasian kaedah pembelajaran aktif dalam prosespengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat untukmeningkatkan lagi pencapaian akademik, minat dan motivasi pelajar terbabit.