Kesan dehidrasi tahap rendah terhadap prestasi kognitif, mood dan skala subjektif dalam kalangan atlet bola sepak lelaki (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan dehidrasi tahap rendah terhadap prestasi kognitif, mood dan skala subjektif dalam kalangan atlet bola sepak lelaki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Empat belas orang atlet yang terlibat dengan min umur adalah 22 1 tahun, min berat 65.7 7.6...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Engku Mohd Afzainizam Tg Abdillah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3545
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan dehidrasi tahap rendah terhadap prestasi kognitif, mood dan skala subjektif dalam kalangan atlet bola sepak lelaki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Empat belas orang atlet yang terlibat dengan min umur adalah 22 1 tahun, min berat 65.7 7.6 kg dan min tinggi 168 6 cm dibahagikan kepada kumpulan dehidrasi dan kumpulan euhidrasi secara rawak. Data asas diambil seminggu sebelum ujikaji sebenar untuk merekodkan masa yang diambil bagi berat badan yang turun tidak melebih dari 2% daripada berat badan asal. Lima belas minit sebelum ujikaji dijalankan, berat, tinggi, kadar nadi dan sampel air kencing peserta diambil dan seterusnya membuat pemanasan badan dalam tempoh sepuluh minit. Peserta dikehendaki melakukan senaman dehidrasi tahap rendah iaitu berlari perlahan di atas treadmill dalam tempoh 45 minit. Peserta kumpulan euhidrasi dibekalkan minuman setiap 15 minit sepanjang ujikaji berlangsung, manakala kumpulan dehidrasi tidak dibekalkan minuman. Soal selidik Visual Analogue Scale (VAS) digunakan untuk menilai skala subjektif tahap sakit kepala dan tahap dahaga, manakala prestasi kognitif dinilai melalui Ujian Flanker. Soal selidik Profile of Mood State (POMS) digunakan untuk menilai mood peserta kajian. Urine Specific Gravity sampel urin diukur menggunakan Digital Refractometer (Atago, Japan) untuk menentukan status hidrasi peserta. Data yang diperolehi dari kajian ini telah dianalisis menggunakan Ujian t sampel berpasangan (Paired t-test). Terdapat perbezaan signifikan penyusutan berat badan selepas aktiviti bagi kumpulan dehidrasi berbanding kumpulan euhidrasi. Dari segi prestasi kognitif, terdapat perbezaan yang signifikan bagi komponen masa tindak balas tidak kongruen antara kumpulan dehidrasi dan euhidrasi. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi keenam-enam dimensi mood antara kumpulan dan bagi pembolehubah skala subjektif hanya tahap sakit kepala menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan. Secara kesimpulannya, didapati dehidrasi tahap rendah telah memberikan kesan kepada tahap sakit kepala dan masa tindak balas tidak kongruen. Atlet perlu didedahkan dengan strategi pengambilan minuman dan kesedaran tentang status hidrasi bagi mengelakkan dehidrasi, dan seterusnya memastikan kesihatan fizikal dan mental serta prestasi sukan berada dalam keadaan baik.