Sumber pendidikan kewangan, tahap literasi kewangan dan hubungannya dengan tingkah laku kewangan usahawan mini RTC Zon Utara (IR)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persetujuan usahawan terhadap sumber pendidikan kewangan, literasi kewangan serta tingkah laku kewangan dalam kalangan usahawan mini RTC Zon Utara. Hubungan dan pengaruh ketiga-tiga pemboleh ubah juga turut dikaji. Kajian ini merupakan kaedah tinjauan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3553 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persetujuan usahawan terhadap sumber pendidikan kewangan, literasi kewangan serta tingkah laku kewangan dalam kalangan usahawan mini RTC Zon Utara. Hubungan dan pengaruh ketiga-tiga pemboleh ubah juga turut dikaji. Kajian ini merupakan kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang melibatkan 254 orang usahawan mini RTC Zon Utara menggunakan statistik inferensi, korelasi dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan tahap persetujuan usahawan bagi sumber pendidikan berkaitan kewangan, tahap literasi kewangan serta tahap tingkah laku kewangan usahawan adalah sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan dan pengaruh antara sumber pendidikan kewangan dengan tahap literasi kewangan serta tahap literasi kewangan dengan tingkah laku kewangan usahawan mini RTC Zon Utara. Kajian ini menunjukkan literasi kewangan dalam kalangan usahawan mini RTC Zon Utara perlu dipertingkatkan bagi membantu usahawan untuk bertingkah laku baik dan cekap untuk menyelesaikan masalah perniagaan. Oleh itu, pendidikan mengenai kewangan haruslah diterapkan sejak di bangku sekolah serta mengadakan kempen berkaitan kewangan kepada semua individu termasuklah usahawan bagi meningkatkan tahap literasi kewangan. |
---|