Keberkesanan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog ke atas pencapaian Matematik murid tahun 2 (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) terhadap pencapaian Matematik murid Tahun 2 di sebuah sekolah di negeri Perak. Frog VLE merupakan sistem pembelajaran maya secara Web yang digunakan sebagai sistem pengurusan pembelajaran di se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Theinmoli Munusamy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3559
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) terhadap pencapaian Matematik murid Tahun 2 di sebuah sekolah di negeri Perak. Frog VLE merupakan sistem pembelajaran maya secara Web yang digunakan sebagai sistem pengurusan pembelajaran di semua sekolah di Malaysia. Tiga objektif kajian iaitu mengukur keberkesanan penggunaan Frog VLE terhadap pencapaian Matematik, mengukur tahap kepuasan dan tahap kemahiran menggunakan Frog VLE dalam kalangan murid. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Sampel dibahagikan kepada 30 orang murid kumpulan rawatan dan 30 orang murid untuk kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah menggunakan Frog VLE untuk pembelajaran manakala kumpulan kawalan menggunakan pendekatan tradisional untuk pembelajaran. Tiga set instrumen digunakan iaitu soalan pengujian, soal selidik dan senarai semak kompetensi kemahiran. Dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan pencapaian Matematik yang signifikan min antara murid yang mengikuti pembelajaran melalui Frog VLE berbanding pembelajaran secara tradisional. Tahap kepuasan penggunaan kaedah Frog VLE adalah tinggi dan tahap kemahiran penggunaan kaedah Frog VLE adalah sederhana. Secara kesimpulannya, kaedah Frog VLE boleh digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik dengan bimbingan guru. Implikasi kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru dan dijadikan panduan memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran.