Pembinaan dan pengesahan instrumen pentaksiran prestasi standard awal pembelajaran dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan Instrumen Pentaksiran Prestasi, Standard Awal Pembelajaran dan Perkembangan Awal Kanak-kanak. Kerangka pembinaan instrumen Miller (2013) telah menggabungkan 10 langkah pembentukan instrumen oleh McNamara (1996), Turner (2001) dan Wortham (2012). Kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Mashitah Mohd Radzi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3571
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan Instrumen Pentaksiran Prestasi, Standard Awal Pembelajaran dan Perkembangan Awal Kanak-kanak. Kerangka pembinaan instrumen Miller (2013) telah menggabungkan 10 langkah pembentukan instrumen oleh McNamara (1996), Turner (2001) dan Wortham (2012). Kajian ini mengenal pasti empat faset pengukuran iaitu item dan domain, kanak-kanak, penilai dan kebezaan kefungsian faset dengan kurnpulan umur dalam enam domain pembelajaran awal kanak-kanak. Teori Generalizibiliti (Teori G) digunakan bertujuan mengenal pasti nilai kebergantungan setiap domain. Seramai 278 orang kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun daripada lapan buah taska di Selangor telah dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Analisis pengujian item-item dilakukan menggunakan perisian Facets 3.71 dan EduG 2.0. Dapatan menunjukkan enam domain pembelajaran awal kanak-kanak memenuhi semua andaian model Facets Rasch. Dapatan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi tahap kesukaran item dan domain, tahap kebolehan kanak-kanak, tahap pentaksiran oleh penilai dan kebezaan kefungsian faset dengan kurnpulan umur. Nilai kebergantungan faset-faset dapat dijelaskan mengikut Teori G. Hasil kajian ini mempunyai empat implikasi. Dari sudut pembinaan instrumen, kajian ini menyumbang kepada pembinaan instrumen yang lebih mantap melalui maklumat sumber ralat yang dijelaskan. Dari sudut metodologikal, proses pentaksiran kanak-kanak yang dilakukan lebih sistematik menggunakan model Facets-Rasch yang adil dan objektif. Dari sudut pedagogikal, kajian ini menyumbang secara langsung dengan membuka ruang kepada guru untuk menentukan tahap kandungan aktiviti yang lebih khusus dengan zon perkembangan kanak-kanak. Dari sudut reka bentuk model pemerhatian dalam kajian ini, proses pemerhatian terhadap prestasi kanak-kanak lebih jelas dan disahkan melalui dapatan empirikal, selari dengan konteks pentaksiran taska di Malaysia.