Kebangkitan semula Islam di Malaysia: peranan dan sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia, 1971-2008 (IR)

Tesis ini mengkaji tentang Kebangkitan Semula Islam di Malaysia: Peranan dan Sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mulai tahun 1971 sehingga 2008. Proses kebangkitan semula Islam di Malaysia telah memberi impak yang besar terhadap perubahan dan pengarnalan Islam dalam kalangan masyarakat Mu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norazlan Hadi Yaacob
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3640
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini mengkaji tentang Kebangkitan Semula Islam di Malaysia: Peranan dan Sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mulai tahun 1971 sehingga 2008. Proses kebangkitan semula Islam di Malaysia telah memberi impak yang besar terhadap perubahan dan pengarnalan Islam dalam kalangan masyarakat Muslim, sekali gus melahirkan kesedaran mendalam terhadap penghayatan dan amalan beragama. Bagi memahami kebangkitan Islam di Malaysia, peranan dan sumbangan ABIM tidak boleh dikesampingkan. ABIM telah memainkan peranan sebagai sebuah pertubuhan belia Islam yang bertindak sebagai sebuah kumpulan pendesak dalam melaksanakan pelbagai tuntutan dan melaksanakan pelbagai program yang memberi kesan besar terhadap masyarakat. Kajian ini meliputi tahun 1971 hingga 2008. Kebangkitan semula Islam di Malaysia dilihat sebagai kesan daripada kebangkitan Islam global yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1970-an. Kedah kualitatif digunakan dalam kajian ini yang mana penyelidikan perpustakaan dijadikan sebagai mekanisme bagi memilih dan memilah sumber-sumber primer dan sekunder serta diperkukuhkan dengan temu bual mendalam dengan informan berkaitan. Tumpuan analisis adalah mengenai peranan dan sumbangan ABIM dalam mewujudkan generasi Islamiy yang mempunyai kesedaran Islam terutarnnya terhadap pelajar Islam yang dalam jangka masa panjang dapat melahirkan golongan muda Islam yang komited terhadap agama mereka. Tambahan pula, tumpuan juga diberikan terhadap peranan dan sumbangan ABIM dalam kegiatan dakwah melalui penyebaran idea Islamisasi, serta penubuhan institusi tertcntu scrta mewujudkan hubungan yang baik dengan orang bukan Islam dan masyarakat antarabangsa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kelahiran ABIM pada tahun 1971 merupakan titik penting dalam proses kebangkitan semula Islam di Malaysia. Perkara tersebut dapat dilihat melalui kejayaan ABIM mempelopori proses perubahan yang membawa kepada lahimya satu generasi Islam yang komited terhadap Islam terutamanya di institusi pengajian tinggi. Perubahan ini yang turut disokong oleh aktiviti bercorak pengetahuan yang dianjurkan oleh ABIM seperti mewujudkan kumpulan usrah, menerbit dan menterjemah buku-buku Islam. Sebagai sebuah organisasi belia berasaskan Islam, ABIM juga telah berjaya menjalankan fungsinya dalam menyatukan umat dengan mengambil inisiatif memberikan pandangan tentang idea-idea bukan partisan dan mewujudkan pemikiran Manhaj Maliziy kerana Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum yang berbeza daripada kebanyakan negara lain. Oleh itu, kejayaan pendekatan ini telah membawa kepada kelancaran penyebaran idea Islam dalam masyarakat.