Kesan pendekatan pembelajaran teradun berasaskan Frog Vle bagi permainan bola baling dalam pendidikan jasmani (IR)

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pendekatan pembelajaran teradun berasaskan FROG VLE bagi permainan bola baling dalam Pendidikan Jasmani. Penyelidikan ini juga menentukan tahap pencapaian dan melihat perbandingan antara kumpulan kajian serta mengenal pasti hubungan antara pembol...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Rozaireen Muszali
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3662
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pendekatan pembelajaran teradun berasaskan FROG VLE bagi permainan bola baling dalam Pendidikan Jasmani. Penyelidikan ini juga menentukan tahap pencapaian dan melihat perbandingan antara kumpulan kajian serta mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah kumpulan kajian. Reka bentuk kajian adalah kuasi eksperimen praujian dan pascaujian yang melibatkan kumpulan Rawatan l yang menggunakan pendekatan pembelajaran teradun iaitu seramai 29 orang murid. Manakala kumpulan Rawatan ll yang menggunakan pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) seramai 32 orang murid dan kumpulan Kawalan yang menggunakan pendekatan konvensional seramai 35 orang murid berserta dengan tiga orang sampel guru dari dua buah sekolah di daerah Hulu Selangor. Dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian pembelajaran sampel kumpulan Rawatan l berada pada band 5 dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kajian dari aspek pembelajaran kognitif dan psikomotor namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aspek afektif. Selain itu, hasil kajian memperlihatkan wujud hubungan yang signifikan antara ujian formatif dengan ujian sumatif bagi aspek kognitif dan psikomotor untuk kumpulan Rawatan ll. Guru yang dikaji mendapati pendekatan pembelajaran teradun sangat berkesan dalam membantu mereka mengajar dan murid belajar permainan bola baling berasaskan TGfU dengan pendekatan pembelajaran teradun menggunakan tapak Frog VLE. Implikasi dari kajian ini, Model B-LEAD (Blended Learning, Encourage, Assessment, Distinguish) dibangunkan untuk membantu guru Pendidikan Jasmani dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid secara pembelajaran teradun