Penilaian tahap kefahaman tentang rancangan pengajaran harian dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (IR)

Kajian ini bertujuan menilai tahap kefahaman Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman RPH dalam kalangan pelajar bidang Sains dan Matematik deng...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nurasyikin Abd Rahman
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3672
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan menilai tahap kefahaman Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman RPH dalam kalangan pelajar bidang Sains dan Matematik dengan pelajar bidang Sains Kemanusiaan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengetahui adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman RPH antara pelajar UPSI yang memperoleh gred A dalam latihan mengajar dengan pelajar yang gagal memperoleh gred A dalam latihan mengajar. Seramai 241 orang responden di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UPSI semester 8 bagi sesi 2014/2015 yang telah menjalani sesi latihan mengajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik K-RPH telah dibina berdasarkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam model Madeline Hunter dan model ASSURE. Analisis mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen berdasarkan model pengukuran Rasch mendapati instrument K-RPH mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Hasil analisis deskriptif menunjukkan para pelajar UPSI mempunyai tahap kefahaman RPH yang baik. Seterusnya, dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap kefahaman RPH yang signifikan antara pelajar bidang Sains dan Matematik dengan pelajar bidang Sains Kemanusiaan, di mana Kefahaman RPH pelajar bidang Sains dan Matematik adalah lebih baik. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap kefahaman RPH yang signifikan antara pelajar yang memperoleh gred A dalam sesi latihan mengajar dengan pelajar yang gagal memperoleh gred A dalam sesi latihan mengajar, di mana kefahaman RPH pelajar yang memperoleh gred A dalam sesi latihan mengajar adalah lebih baik. Kesimpulannya, kefahaman RPH pelajar UPSI adalah berada pada tahap yang baik. Implikasi kajian ini ialah kajian ini dapat membantu pensyarah menilai keberkesanan pengajaran serta membuat semakan kurikulum secara berterusan. Kesediaan bakal guru untuk melangkah ke bidang pekerjaan sebenar juga dapat dinilai.