Pengurusan wang dalam kalangan pelajar diploma tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengurusan wang dalam kalangan pelajar program Pengajian Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat. Seramai 287 responden telah mengambil bahagian dan kaedah pensampelan rawak berperingkat telah digunakan sebagai kaedah pemilihan responden. Data dikumpul menggunaka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Toriq Yaacob
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3676
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengurusan wang dalam kalangan pelajar program Pengajian Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat. Seramai 287 responden telah mengambil bahagian dan kaedah pensampelan rawak berperingkat telah digunakan sebagai kaedah pemilihan responden. Data dikumpul menggunakan soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens iaitu analisis ujian-t dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai tahap pengurusan wang positif yang mana pelajar daripada kumpulan B40 mempunyai pengurusan wang yang lebih baik berbanding kumpulan yang lain. Dari segi pendapatan pelajar; sumber utama diperoleh daripada biasiswa, diikuti dengan pemberian ibu bapa, zakat, sedekah dan lain-lain jenis sumbangan. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar memperuntukkan 43.2% dari jumlah perbelanjaan bulanan mereka bagi tujuan pembelian makanan dan minuman. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa peruntukkan biasiswa telah berjaya disalurkan kepada pelajar dari golongan B40. Pengurusan wang yang baik membantu pelajar daripada berhadapan dengan masalah kewangan dan ini akan menyumbang kepada kejayaan pelajar menamatkan pengajian mengikut masa.