Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen naik turun bangku untuk pengujian daya tahan kardiovaskular (IR)

Kajian ini dijalankan untuk memperkenalkan instrumen naik turun bangku boleh laras yang dibina bagi menguji daya tahan kardiovaskular berdasarkan ketinggian sudut pinggul 82, di samping mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan. Seterusnya instrumen ini ditadbirkan ke atas pelajar lelaki dan perempua...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Zainuddin Awang
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3685
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dijalankan untuk memperkenalkan instrumen naik turun bangku boleh laras yang dibina bagi menguji daya tahan kardiovaskular berdasarkan ketinggian sudut pinggul 82, di samping mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan. Seterusnya instrumen ini ditadbirkan ke atas pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 10, 11 dan 12 tahun di Tanjung Malim, Perak. Seramai 90 orang subjek dipilih secara rawak bagi ujian lapangan dan makmal menggunakan protokol Treadmill Bruce sebagai rujukan kriteria.Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan, kaedah uji ulang uji telah digunapakai. Manakala analisis Korelasi Pearson ProductMoment digunakan untuk melihat kesahan di antara ujian lapangan dan makmal. Analisis kebolehpercayaan menunjukkan terdapat kebolehpercayaan yang tinggi bagi bangku boleh laras yang dihasilkan oleh penyelidik. Hasil kajian juga menunjukkan bangku sedia ada 12 inci tidak mempunyai kesahan yang tinggi bagi pelajar lelaki dan perempuan peringkat umur 10 dan 11 tahun, akan tetapi mempunyai kesahan yang sederhana bagi peringkat umur 12 tahun. Walau bagaimanapun dapatan kajian membuktikan bangku boleh laras mempunyai kesahan yang tinggi bagi semua peringkat umur. Justeru itu, penyelidik berpendapat bahawa penggunaan bangku boleh laras adalah lebih sesuai dan tepat digunakan untuk mengukur daya tahan kardiovaskular pelajar sekolah rendah di Malaysia. Kajian lanjutan berdasarkan kaedah ini perlu dilaksanakan bagi peringkat umur 13 hingga 17 tahun supaya instrumen naik turun bangku dalam bateri ujian SEGAK dapat menguji daya tahan kardiovaskular pelajar dengan tepat.