Faktor penglibatan dan penolakan rokok, dadah, alkohol dan tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar tingkatan empat (IR)

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor penglibatan dan penolakan penggunaan rokok, dadah dan alkohol serta tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar. Populasi kajian merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah harian di Negeri Sembilan. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah soal se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siththira Thevi Iyavoo
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3688
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji faktor penglibatan dan penolakan penggunaan rokok, dadah dan alkohol serta tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar. Populasi kajian merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah harian di Negeri Sembilan. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik dan temubual semi-struktur dalam mendapatkan data daripada sampel kajian. Sejumlah 260 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini dan dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 68.5% responden terlibat dengan sekurang-kurangnya salah satu kes yang dikaji. Penglibatan dengan tingkah laku seksual mencatat peratusan yang tertinggi terutamanya dalam kalangan responden perempuan. Tiada responden yang mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Punca yang paling kerap dinyatakan bagi tingkah laku merokok dan tingkah laku seksual ialah perasaan ingin tahu. Bagi pengambilan alkohol pula disebabkan ritual dan tradisi. Responden yang menolak penglibatan dalam sebarang salah laku pula menyatakan bahawa puncanya kerana ia tidak baik untuk kesihatan, ditakuti mendapat penyakit, larangan keluarga dan pandangan masyarakat. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar cenderung terlibat dalam salah laku kerana perasaan ingin tahu manakala pelajar menolak salah laku ini kerana kesedaran diri masing-masing. Beberapa saranan telah dikemukakan bagi golongan penyelidik, pembuat dasar, pihak sekolah dan kaunselor sekolah. Kajian ini memberi implikasi bahawa masalah berkaitan salah laku seks seperti kehamilan luar nikah, pembuangan bayi dan penyakit kelamin mungkin akan meningkat pada masa hadapan selaras dengan peratusan ketinggian penglibatan pelajar dalam kes ini.