Kesan strategi persembahan multimedia dalam screencast terhadap kemahiran praktikal pelajar berbeza gaya pembelajaran dan gaya kognitif (IR)

Kajian ini bertujuan membangun dan menilai kesan penggunaan pelbagai strategi persembahan multimedia dalam screencast terhadap kemahiran praktikal pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran dan gaya kognitif berbeza. Empat strategi screencast yang dibangunkan ialah screencast dengan narasi, screencast...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Razuan Abdul Razak
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3693
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangun dan menilai kesan penggunaan pelbagai strategi persembahan multimedia dalam screencast terhadap kemahiran praktikal pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran dan gaya kognitif berbeza. Empat strategi screencast yang dibangunkan ialah screencast dengan narasi, screencast dengan teks, screencast dengan narasi serta teks dan screencast sahaja. Keempat-empat strategi screencast tersebut diuji secara eksperimen kuasi, iaitu melalui ujian praktikal yang melibatkan ujian pra dan ujian pos. Seramai 233 orang pelajar semester 1 kursus Sijil Modular Kebangsaan Seni Produksi Animasi 2D/3D dari empat Kolej Komuniti dipilih sebagai sampel kajian. Ujian statistik ANCOVA dan ujian Bonferroni digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian secara kuantitatif. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min ujian praktikal pelajar dalam kumpulan strategi screencast yang berbeza. Namun berdasarkan ujian berpasangan Bonferroni pula hanya strategi screencast dengan narasi dan screencast sahaja yang menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding pasangan strategi screencast yang lain. Hal ini juga didapati sama pada kumpulan pelajar dalam gaya pembelajaran aural dan gaya kognitif field dependent. Hasil analisis pada kumpulan pelajar dalam gaya pembelajaran visual dan gaya kognitif field independent pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi keempatempat strategi screencast. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati penggunaan keempat-empat strategi screencast berpotensi membina kemahiran praktikal pelajar yang berbeza gaya pembelajaran dan gaya kognitif.