Pengaruh konteks dan sumber terhadap proses dalam pengurusan pelaksanaan kurikulum standard sekolah rendah Selangor (IR)
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh konteks dan sumber terhadap proses pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di Selangor berdasarkan Model CIPP. Ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengutip data. Sampel kajian merupakan 221 orang guru Sekol...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3771 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh konteks dan sumber terhadap proses pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di Selangor berdasarkan Model CIPP. Ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengutip data. Sampel kajian merupakan 221 orang guru Sekolah Berprestasi Tinggi di Selangor. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian analisis deskriptif menunjukkan pengetahuan guru (konteks) dan kemahiran guru (sumber) berada pada tahap tinggi. Tahap latihan guru (sumber) pula memenuhi keperluan tetapi kemudahan prasarana (sumber) berada pada tahap kurang memenuhi keperluan dalam pengurusan pelaksanaan KSSR. Tahap pendekatan pengajaran dan pendekatan pentaksiran (proses) adalah selaras dengan kehendak KSSR. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran juga telah dilaksanakan dengan baik sepanjang pelaksanaan KSSR. Analisis regresi pelbagai pula menunjukkan wujud pengaruh yang signifikan dalam kombinasi faktor-faktor konteks dan sumber terhadap pendekatan pengajaran, pendekatan pentaksiran dan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (proses). Dapatan kajian merumuskan bahawa tiga komponen utama dalam pengurusan pelaksanaan KSSR iaitu konteks, sumber dan proses telah dilaksanakan dengan berkesan. Walau bagaimanapun bagi meningkatkan tahap keberkesanan pengurusan pelaksanaan KSSR pengetahuan guru, kemahiran guru, latihan guru, kemudahan prasarana, pendekatan pengajaran, pendekatan pentaksiran serta penyeliaan pengajaran dan pembelajaran perlu ditambah baik secara berterusan. |
---|