Tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) ke arah kemahiran abad ke-21 (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) (PAKK) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke arah kemahiran yang terdapat dalam Kerangka Kerja Pembelajaran abad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yip, Chan Ling
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3772
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) (PAKK) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke arah kemahiran yang terdapat dalam Kerangka Kerja Pembelajaran abad ke-21. Ini merupakan satu kajian penerokaan yang melibatkan pengumpulan data kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian terdiri daripada dokumen program PAKK dan soal selidik. Sampel kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan target population yang melibatkan 230 orang graduan ISMP (PAKK) Sesi 2013 dan 2014 dan pelajar semester 8 (Sesi 1 2011/2012). Statistik deskriptif (peratusan) dan inferensi (korelasi Pearson) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan tahap atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program PAKK ke arah kemahiran abad ke-21 adalah rendah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara atribut nilai, pengetahuan dan kemahiran dalam program PAKK dengan kemahiran abad ke-21. Kesimpulannya atribut nilai, pengetahuan, dan kemahiran dalam program PAKK sejajar dengan kemahiran Kerangka Kerja Pembelajaran abad ke-21. Namun demikian terdapat kekurangan yang ketara atribut ini di dalam program PAKK di UPSI. Implikasi kajian menunjukkan perlu satu semakan semula program PAKK UPSI untuk meningkatkan atribut ini dan penguasaannya dalam kalangan para pelajar PAKK bagi melahirkan pendidik yang berkualiti selaras dengan aspirasi PPPM 2013-2025.