Keberkesanan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan terhadap guru-guru sekolah Tamil di negeri Perak (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) terhadap guru-guru sekolah Tamil (SJKT) di negeri Perak. Keberkesanan LADAP dalam kalangan guru-guru sekolah Tamil telah dikaji dari segi faktor-faktor perkembangan pendidikan kini, motivasi guru, penguru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Monica Henry
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3774
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) terhadap guru-guru sekolah Tamil (SJKT) di negeri Perak. Keberkesanan LADAP dalam kalangan guru-guru sekolah Tamil telah dikaji dari segi faktor-faktor perkembangan pendidikan kini, motivasi guru, pengurusan fasiliti dan kualiti penceramah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam menentukan keberkesanan LADAP. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Seramai 150 orang guru dari beberapa buah sekolah Tamil daerah Kuala Kangsar, Kinta, Hilir Perak, Larut Matang dan Selama telah dipilih secara rawak bagi mewakili populasi kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan LADAP berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan signifikan keberkesanan LADAP berdasarkan umur, jantina dan pengalaman bekerja. Implikasi kajian mendapati bahawa tahap keberkesanan LADAP perlu ditingkatkan bagi memantapkan profesionalisme guru. Para guru perlu sentiasa bersedia dan mengambil bahagian dalam LADAP bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.