Manifestasi pemikiran pengarang dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa (IR)
Kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan pemikiran pengarang secara langsung daripada watak-watak yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa. Analisis kualitatif ini menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K janaan Mohd Yusof Hassan. Teori ini berteraskan falsafah kesepaduan pemikir...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3781 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan pemikiran pengarang secara langsung daripada watak-watak yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa. Analisis kualitatif ini menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K janaan Mohd Yusof Hassan. Teori ini berteraskan falsafah kesepaduan pemikiran iaitu pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran pengarang menggunakan teori SPB4K dan menganalisis pemikiran pengarang dalam novel yang dikaji. Analisis membuktikan manifestasi pemikiran pengarang novel ini berkaitan dengan teori diaplikasikan. Penyelidik mendapati keempat-empat aspek pemikiran ini terkandung secara signifikan dalam novel ini dengan adanya nilai-nilai kemanusiaan sebagai pedoman kepada pembaca. Pengkajian ini diharapkan dapat menarik minat pengarang karya sastera untuk menghasilkan lebih banyak karya yang bermutu dan dapat dijadikan sebagai salah satu pilihan teks kajian di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Kajian novel ini diharapkan boleh mengangkat martabat wira bangsa dan menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat. |
---|