Penampilan nilai budaya dalam kumpulan puisi tradisional Tamil Aruvi (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran nilai budaya, menganalisis protes sosial dan menghuraikan kesedaran yang diwujudkan dalam kumpulan puisi tradisional Tamil Aruvi oleh Kurinji Kumaran. Sejumlah 98 puisi tradisional yang dikarang dari tahun 1940 - 1991 dipilih sebagai sampel dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chandran Govindan
Format: thesis
Language:tam
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3818
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran nilai budaya, menganalisis protes sosial dan menghuraikan kesedaran yang diwujudkan dalam kumpulan puisi tradisional Tamil Aruvi oleh Kurinji Kumaran. Sejumlah 98 puisi tradisional yang dikarang dari tahun 1940 - 1991 dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis teks digunakan dalam kajian ini. Teori sastera budaya yang dipelopori oleh Alan Sinfield digunakan bagi menganalisis kumpulan puisi tradisional Tamil Aruvi. Pola perbincangan kajian ini bertumpu kepada penampilan nilai budaya dari aspek individu, keluarga dan masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan, 32 puisi tradisional menggambarkan nilai budaya dari aspek individu, sebanyak 36 puisi tradisional menggambarkan nilai budaya dari aspek keluarga dan sebanyak 30 puisi tradisional menggambarkan nilai budaya dari aspek masyarakat. Puisi tradisional ini menampilkan nilainilai budaya individu, keluarga dan masyarakat yang harus dijadikan panduan kepada manusia sejagat supaya baik hati, hormat menghormati, hemah tinggi, jujur serta menghayati nilai-nilai budaya. Nilai-nilai budaya yang dianalisis dapat dijadikan sebagai teladan dan panduan hidup kepada kanak-kanak, golongan remaja, ahli keluarga, serta masyarakat. Implikasi kajian ini juga dapat mencorak pemikiran remaja dari aspek nilai dan budaya serta dapat menerapkan nilai budaya tersebut dalam kehidupan seharian.