Identiti tempat pelancongan bagi bandar-bandar kecil lama: kajian kes Teluk Intan dan Batu Gajah (IR)

Kajian ini bertujuan meneroka identiti tempat pelancongan bagi dua buah bandar kecil lama yang terletak di Teluk Intan dan Batu Gajah, Perak. Di antara lokasi pelancongan Kellies Castle dan Menara Condong Teluk Intan dipilih sebagai pusat lokasi pengumpulan data primer dalam kalangan pelancong tempa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nasuhairree Abdull Manaf
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3821
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meneroka identiti tempat pelancongan bagi dua buah bandar kecil lama yang terletak di Teluk Intan dan Batu Gajah, Perak. Di antara lokasi pelancongan Kellies Castle dan Menara Condong Teluk Intan dipilih sebagai pusat lokasi pengumpulan data primer dalam kalangan pelancong tempatan. Seramai 250 orang responden di Batu Gajah dan 170 orang di Teluk Intan dipilih sebagai sampel kajian. Responden ditemu bual bertujuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan identiti bagi kedua-dua lokasi pelancongan. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dan temu bual ringkas dianalisis secara deskriptif menggunakan min, jadual silang dan Khi Kuasa Dua untuk memahami identiti tempat pelancongan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa identiti tempat pelancongan di Teluk Intan dan Batu Gajah dikenal pasti sebagai ikon warisan sejarah berbanding dengan ikon pelancongan moden. Walau bagaimanapun, jika strategi perancangan pelancongan tidak konsisten dengan identiti pelancongan yang telah wujud, ia akan menyebabkan berlaku kekeliruan dan kerosakan ikon identiti di destinasi pelancongan. Oleh itu, ikon pelancongan di bandar kecil lama ini perlu diurus dengan teliti untuk memelihara identiti di kawasan pelancongan.